airmien

sesuatu tentang kehidupan

Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam April 7, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 11:37 am
Tags:

ADIL

Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW:

(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH

Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG

Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

the_wed

About these ads
 

85 Responses to “Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam”

  1. ani Berkata:

    kadang2 aku bosan dengan falsafah tanggungjawab suami kepada isteri. tak habis2 bercakap “ikut kemampuan suami, bagi suami yang tidak bekerja boleh izinkan isteri berkerja dan makanlah apa yang ada”..falasafah mana yang diikutnya. lepas nikah kan ada baca taklik, dalam taklik tersebut jelas dimaksudkan tentang perlindungan isteri, keperluan isteri. ini tidak, suami sekarang dengan egonya, dahlah kurang pendapatan, tak boleh bagi apa yang isteri kehendaki. apa yang isteri nak, kena usaha sendiri. lepas tu si suami plak nak belagak macam orang senang sangat, dan si suami tak sedar yang keperluan yang digunakan semua pencarian isteri. pelik betul sikap suami sekarang. tambahan pulak, sikap mak si suami, beranggapan yang anak lelakinya kaya sangat, dapat sediakan rumah kereta, tapi dia tak tahu yang anak lelakinya umpama menumpang menantu perempuannya..sedarlah suami dan mertua sekelian..dan tolonglah lampirkan hadis-hadis yang membela kaum isteri, dan tolong keluarkan hadis dari mana yang mengatakan “sujud kepada suami dan syurga dibawah tapak kaki suami”.jangan disamakan suami seperti tuhan dan ibu yang melahirkan kita dan janganlah terikut seperti agama india, suami adalah tuhan yang patut disembah sedangkan suami pun tidak taat dengan perintah Allah. Fikirlah para2 pengeluar hadis sekelian..

    • airmien Berkata:

      Komen yang menarik untuk dikongsi..nanti saya akan carikan Hadis yang sesuai pengunjung blog ini.. Amat menghairnkan juga sekarang ini kerana seperti yang saudari komen, ianya hanya sekadar tertulis tetapi tidak diamalkan oleh sesetengah suami.. Campur tangan mertua secara keterlaluan kadang-kala cukup merimaskan..terima kasih di atas komen ini..

      • faiezah Berkata:

        setuju sangat komen dari ain..sedih kadang2 bile perempuan sebenarnya yang menjadi hamba kepada si suami. .dan bile si isteri yang menanggung makan minum si suami…

      • airmien Berkata:

        Seorang pasangan suami isteri seharusnya tahu setiap hukum dan undang-undang dalam keluarga.. Sekiranya tidak tahu, maka penyelewengan dan tindas menindas akan berlaku.. Ini amat menyedihkan kerana bahagia hanya pada permulaan dan tidak seperti diharapkan sampai ke akhir hayat.. Setiap perubahan bermula dari diri.. Semoga kita dapat memperelokkan diri dan pasangan masing-masing.. Amin

      • Megat Shahr Al-Imran Berkata:

        Assalamualaikum…
        daripada apa yg saudari ani tulis, nampak macam saudari mempunyai suami yang seperti itu.
        saya sangat kecewa kalau terdapat suami yang seperti itu.

        saya faham perasaan saudari, namun saya harap saudari tidak melabelkan ‘semua’ suami seperti itu.
        kerana saudari tidak sepatutnya menilai ‘satu’ sama dengan ‘semua’.
        masih ramai suami yang bertanggungjawab, dan fikirkan kembali, kenapa saudari berkahwin dengan lelaki itu? :)

      • mencari ketenangan...Mu Berkata:

        betul, campur tangan mertua n termasuk ipar duai cukup merimaskan….

    • Alisha bt Malek Berkata:

      saya pun mempunyai suami seperti ini… siap cakap saya ada orang lain.. saya berseorangan membesarkan anak2.. sakit, pening, tuition dan segala2 nya.. malah makan pakai pun saya yg sediakan. dia hanya belanja satu kali utk sebulan. kekdg hanya RM300 je… saya kena topup apa yg tak de. ada pulak tu kena buat pinjaman untuk dia lagi…. ini ke namanya suami… malam ni dia kata saya kurang ajar dan tak menghormati dia… macamna nak hormat kalau suami ni agama dan tikar sembahyang pun tak kenal?

  2. Mummy Berkata:

    Assalamualaikum,

    Bergenang air mata saya membaca coretan saudara mengenai tanggungjawab seorang suami. Amat bahagia and nyaman hidup seorang isteri jika apa yg tertulis di atas memang dipraktikkan oleh suaminya. Sesungguhnya saya terasa cemburu dan juga sedih kerana saya tidak dapat merasakan apa yg tertulis walaupun separuh. Saya sedar, saya juga tak lari dari salah silapnya, tapi saya berpendapat, jika suami betul2 mencontohi dan memahami apa yang saudara katakan, saya dan keluarga akan lebih bahagia, dunia dan akhirat. Doakan supaya saya juga akan merasai nikmat yang sama. Amin.

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam warahmatullah..

      Tujuan blog ini ditulis adalah untuk mengembalikan perasaan cinta dan kasih sayang dalam perhubungan terutama suami dan isteri.. Saya juga berpendapat, alangkah bagus semua yang tertulis seperti di dalam bl;og dapat diambil pengajaran dan panduan dalam hidup.. Kesilapan tidak harusnya menghantui diri kerana setiap kesalahan dapat dijadikan sempadan pada masa hadapan.. Semoga saudari memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Amin..

    • zainal Berkata:

      untuk mendapat suami yang bertanggung jawab si isteri juga mesti mendengar kata nasihat suami untuk jalan kebaikan. diakhir-akhir ini kita melihat banyak isteri-isteri yang engkar terhadap suaminya walaupun dinasihati oleh suami. semoga kita dapat nasihat menasihati antara satu sama lain, sebaik baiknya kita melihat kecermin dan menilai apa yang telah kita lakukan dlm rumahtangga, jika kita bersalah kita mohon ditegur dan menerima teguran dgn baik

  3. Army Berkata:

    Assalamualaikum semua saya disisni ingin berkongsi masalah yang telah 3 tahun saya bersabar boleh dikatakan sentiasa dengan linagan air mata. Saya mengenali suami saya hanya 6 bulan dan terus berkahwin. sepanjang perkenalan kami tak pernah keluar bersama walaupun kami 1 tempat kerja tapi lain2 kompeni. hari 1 kahwin dah ada awek tel tapi sy tak marah mungkin belum sempat nak bagi tahu tentang perkahwinan kami, selepas 3 bulan kawen kantoi ada seorang kaum telefon saya dan bagitahu yang saya ni perampas dan suami saya dah berjanji nak berkahwin dengan hawa td tu dan sebelum berkahwin dgn sy si hawa tadi cakap yg suami sy ckp yang dia tak pernah mencintai saya dan terpaksa kawen bukan kerana rela hati tapi atas dasar pilihan ibu dia padahal dia yang berkenalan dengan saya semasa bekerja…dan suami saya ada hutang dengan si hawa td sebanyak 1 ribu tak ngapa, saya sabar sy tolong bayar kan janji dia tak ganggu rumah tangga kami lagi. 1 tahun kemudian kantoi lagi katanya kakak angkat namanya amy tapi kalau kakak angkat setahu saya tak kan nak telefon setiap hari kot…saya sabr sy tel kakak amy tu dan bersembang baik , dah sy sembang baik dia pulak naik lemak lagi ketap dia telefon suami saya sampai tengah mlm pun tel… mula la saya nak marah tapi sy sabr sy bagi nasihat sj pd suami sy, 1 tahun 3 bulan selepas tu ada pulak awek baling namanya ida pulak telefon hantar sms, sy sabar lagi bila sy tanya siapa tu suami sy ckp adik angkat, tapi yang sy tengok kalau adik angkat takkan nak said “love u gd 9″ tak pa sy masih leh sbar 1 tahun 6 bln kantoi lagi budak kelantan pulak namanya mek da panggil abang syg, bila sy tanya suami sy ckp adik angkat, ok tak pa,, masuk 2 tahun berkahwin kantoi lagi awek penang pulak sebenarnya sy dan suami dah lain2 tempat kerja dah sy kt kulim dia kt penang 1 minggu 1x ja jumpa.. pada 2 tahun 2 bulan ketika suami sy kat penang kat bilik dia sy tel katanya nak “abg ngantuk ni nak tidor” ok la tapi yg sy pelik tu masa dia kata nak tidor tu sy terdengar bunyi bola snoker! aik… pelik tu sy ckp jgn tipu tak baik… lepas tu dah kira kantoi la tak kisah la nak main snoker tu tapi yang tak syoknya dah la tipu isteri bulat2 lepas tu main snoker letak duit.. apa kes… tak pa sy nasihat dia stop kejap 2 tahun 4 bulan sy pelik kenapa bila sy tel dia ckp dok kt kedai kopi tengok bola logik ka dok kat kedai kopi dari kul 10 mlm smpai 3-4 pagi…sorg pulak tu kalau dgn member tu boleh terima gak.. tak pa… suatu hari sy tanya ngan member dia si (pain) keadaan suami sy kat sana cam na dia cakap dia tak tahu sebab katanya suami sy dah jarang tidor kat bilik aik…!! hairan kat rumah balik pun jumaat- hingga ahad ja.. hari lain dia p tidor kat mana? suatu hari awal dlm kul 8 lebih dia ckp batery tel habis dan terus tutup sy call tak dpt terus sy tel rakan sebilik dia katanya suami sy tak ada kat bilik dan dia suruh sy tel suami sy kat no tel lagi 1 eh!.. bila masa pulak suami sy pkai 2 tel dan nombornya pun sy x tahu. tak tidor sy tunggu smpai kul 1 pg dan sy tel lg katanya suami sy lum balik lg tepat kul 1.30 pg sy naik motor p penang untuk cari dia sorg diri last2 sy jumpa dia kat game jackport (judi).. aduh pening la sy letih la dengan suami sy ni… ada juga kdg2 pd hari jumaat sy tel dan tanya “abg x p sembahyang Jumaat ka” suami sy kata ni nak p la.. padahal dia tak p dia tidoq..kisah pasal tel yg 1 lagi sy , emak,dan abg dia pun tahu apa no tel tu yang tahu hanya rakan sebilik dia dan sorg awek baling ida tu shj.. sy selalu menangis pernah 3x sy ditampar kerana cemburu dan menyibuk , setiap kali dia dok kantoi2 suami sy mesti berjanji bersumpah akan berubah perangai dan bertaubat.. taubat dan insaf dia tu hanya 1 minggu shj lepas 1minggu dia akan kembali sediakala.. sembahyang kat rumah pun sekali ketuk sekali jalan tak ketuk tak jalan. beza umur sy dan suami 9 tahun saya 27 dan dia 35 malu la sy dengan org sy ingat suami sy dapat mendidik sy tapi sebaliknya.. yang sy pelik 1 lagi sepanjang semasa sy dok kt umh metua sy ,sy x pernah dengar mak dia tanya bab sembahyang kepada anak-anak dia.semalam sekali lgi suami sy kantoi lg sy p tangkap dia kat gamejackport.. dan sy mengadu ngan mak dia dan mak dia menitiskan air mata dengan sikap anak2 dia.. wahai rakan2 semua tolonglah bagi pendapat kepada sy apakah yg sepatutnya sekarang ni yg sy perlu buat sy dah letih la agaknya sebab tu dah nak masuk 3 tahun kawen kami lum dikurniakan zuriat mungkin ada hikmah di sebaliknya. sy dah cuba untuk bentuk dia tapi sy rs mcm dah putus asa la… dia merayu kpd sy supaya bagi 1x peluang lagi…tolong la sy dah sakit dah otak ni

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam..

      puan boleh merujuk kepada pihak yang berwajib seperti pihak jabatan agam,a di tempat puan kerana ianya melibatkan hal berkaitan agama..

      selain itu,doa yang berterusan dan tidak putus-putus bolehlah diamalkan selain merujuk kepada pakar motivasi..mengikut keadaan dan usia puan ketika ini, seeloknya puan mendapatkan pakar motivasi yang sama jantina dengan puan iaitu pakar motivasi perempuan kerana perempuan lebih mengetahui hal perempuan berbanding lelaki..saya doakan agar puamn tabah melayan kerenah suami puan itu..

    • erin Berkata:

      Army mmg baik dan sabar…saya pun tak pakar dan kurang ilmua agama kalo nak bg pandangan dari sudut itu..Cuma saya ade experience dgn suami main kayu 3. Sya yakin awak mesti pernah dgr tepuk dada tanya selera….pilihan yg awak ade, no 1: terus bersabar ,makan hati dan melayan kerenah suami yg sama atau no2: beri diri anda peluang utk merasa bahagia. dan once keputusan awak buat jgn toleh kebelakang utk menyesal terus melangkah sambil memohon petunjuk Allah dan bimbingan Allah….
      Alhamdulillah saya punya pengalaman yg sama. Berpisah dgn suami dikala mengandung anak kedua dan merantau di negeri orang tiada saudara mara di samping…dlam ms yg sama tak boleh nak mengadu nasib dgn keluarga coz ayah sy sendri pun tgh sibuk nak kawin dua, so mak sy tgh susah ati..sy telan sendri, melangkah sndri, menjaga sendiri kedua2 anak sy. bila bekas suami dah kawin ngan kekasih ati baru dia cr nak bersama sy semula, sy tepuk dada tanya selera..tak kesian ke pd anak2 aku tak de ayah kalo aku tak rujuk semula, tapi ati kecil sy berkata, aku tak berhak ke utk bahagia? Sy tau dan yakin sy akan makan ati dan anak2 pun x pasti gembira yg hakiki kalo tgk sy duk bertekak ngan ayah dia nanti coz rebutkan laki…..itu bukan fenomena yg sy nak pd anak2. so sy nekad utk bg diri sy pluang utk gembira dan bergembira dengan ikhlas dgn anak2. Alhamdulillah Allah bantu saya dan akhirnya sy jumpa dgn suami baru. tp bukanlah x de maslah. tggal lg masalah mkn ati teruk gila mcm laki asyik mabuk pompuan sy tidak alami setakat ini. Masalah lain yg masih boleh diperbaiki yg saya hadapi buat ms ni. Sy berasa yg idea suami sy yg baru iaitu bini ikut ckp laki tu yg sy tgh protes skrg ni coz bg sy ideologi ity salah…Sy percaya saya isteri bukan boneka utk diperkotak katikkan…once problem ni solve saya rs insyaAllah rumah tgga kami aman. Satu lagi anak sy tggal ngan saya, so sy nak dia pun terima anak sy sbgai keluarga bkan org tumpang. that one sy pertahankan. Dia pun ade anak tinggal ngan exwife. so saya mesti anggap anak dia sebagai keluarga saya juga…baru adil… InsyaAllah……sy doakan awak buat keputusan yg bijak utk DIRI AWAK. Bila kita gembira baru org sekeliling pun gembira…..apa pun saya juga mahu gembira…Semoga Allah buka jalan keluar utk kita selesaikan masalah kita…amin….

    • Da Berkata:

      Tak perlu buang masa dengan hal2 begini. Kita wanita juga berhak untuk bahagia. Nyata bahagia bukan dengannya. Move on and be happy.

      • airmien Berkata:

        Jika sudah tiada persefahaman, ada masanya kita perlu terus ke hadapan dan memulakan hidup baru.

  4. kaY Berkata:

    kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi “syurga di telapak kaki ibu”
    tetapi benarkah syurga isteri pula di telapak kaki suami..??? adakah ia d sokong mana2x hadis.
    bagi saya, mentaati ibubapa balasannya syurga, dalam hadis Rasulullah S.A.W.. menjanjikan syurga bagi meraka yang mentaati kedua ibu bapanya..
    adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui namun ckuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya..
    yang demikian banyak ayat Al-Quran & hadis baginda…

    • airmien Berkata:

      Tidak ada hadis sahih berhubung ‘Syurga isteri di bawah tapak kaki suami’ tetapi apabila akad dilafazkan oleh suami apabila diijab kabulkan, maka sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memimpin isteri sebagai teman hidup. Tanggungjawab suami amatlah berat kerana tersilap mendidik isteri akan menjurus kepada neraka.

      Seperti yang tertulis, cukuplah dengan mentaati perintah suami mengikut seadanya dan tidak harus untuk mentaati suami sekiranya ianya mendatangkan kemurkaan Allah seperti syirik kepada-Nya.

      • ena Berkata:

        assalamualaikum,
        bila baca artikel ni saya rasa seronok anadai saya dapat semua ni….tapi…saya cuma nak luah kan apa yang terpendam dlam hati saya yg x dapat diluahkan selama ini….
        saya hanya nak tanya dimanakah tanggungjawab seorang suami jika dia tidak keluar bekerja ( ada syer business partner ) hanya saya yang bekerja? setiap bulan semua perbelanjaan rumah saya yang kena tanggung, sedangkan saya tahu dia ada duit. Duit tu dia hanya simpan katanya untuk kegunaan saya jgak dimasa akan dtg…memandangkan dia tiada pekerjaan tetap…kekadang duit gaji saya sampai negatif terpaksa bayar mcm2 bil termasuk hutang pinjaman masa dia belajar dulu…saya sedih bila memikirkan semua ni…terkadang saya nak juga rasa seorg suami bagi duit nafkah atau perbelanjaan kat saya walaupun RM 10.00 sbln. skrg dh 6 tahun kahwin tak pernah sekalipun dia bagi kat saya…saya nak tanya adakah suami saya itu menanggung dosa akibat apa yang dia buat tu ?
        satu lagi saya nak tanya berdosa kah saya jika saya menolak ajakan suami untuk bersama dengan alsan mengantuk memandangkan waktu yang diajak tak sesuai cthnya jam 3-4 pagi. di awal malam setiap hari dia keluar bersama kwn pergi berriadah cam futsal or bdminton 1-2 pagi baru balik. saya rasa penat coz saya esoknya kena bangun pagi utk pegi keje, antar anak sekolah dan mcm2 kerja lagi saya kena urus. Tghari kena balik masak untuk suami n anak. saya memang penat setiap hari….kekadang saya terpaksa menangis sendiri dalam bilik air memikirkan nape aku jadi cam ni….aku cuba bawak berbincang tapi dia baran tak blh berbincang ….so u comment la cam ner…tq

      • airmien Berkata:

        Waalaikumussalam..

        Berkenaan suami yang lepas tangan kita memang selalu dengar dan ianya seakan satu barah di dalam masyarakat dan ianya juga boleh dikatakan gejala yang tidak sepatutnya berlaku kepada masyarakat kita khususnya.

        Mungkin puan boleh merujuk perkara ini kepada pihak jabatan agama kerana di sana ada pihak yang bertanggungjawab boleh membantu.

        Apapun yang boleh dikatakan di sini, sebagai seorang suami tidak boleh melepaskan tangan menguruskan rumahtangga. Puan boleh ceritakan apa yang terjadi kepada pihak berwajib. Insya Allah mereka akan tolong memberikan nasihat kepada suami puan. Allah sentiasa berada di samping orang-orang yang benar.

  5. erin Berkata:

    Assalamualaikum….
    Saya ni ilmu tak banyak di dada. So bila baca dari awal penerangan tadi masih ade yang saya tak pasti dan hendak kan kepastian.
    Bila bercakap tentang suami..saya dah kawin kali yang kedua. yg pertama dah divorce coz org ketiga. Yg kedua baik tapi worker holic + suka guna kuasa kot…that make me think apekah yg dimaksudkan dengan tugas suami..bila selisih faham dia akan kondem saya plus suka tunjuk kuasa suami…bini kena ikut ckp suami..plus cakap saya tak cium bau syurga dan bla bla bla…..iaitu balasan tak baik pada bini yg tak baik pd suami…dia akan sampai this point bila saya melenting…coz saya dah cukup sabar..dan sy tak nak sabar lg dah….kadang 2 sy rasa kebanyakkan suami bila dapat title suami dia pk dia ada lesen besar nak bini tunduk @ jd hamba dia….which is hati kecik saya selalu memberontak dan disitulah mula tercetusnya lentingan saya utk memberitahu dia yg saya pun ade perasaan jugak bukan lembu cucuk idung….up to the level dia surh sy dtg bercakap dgn dia time gaduh dengan ugutan tak bau syurga…masa tu i dalam bilik dia kat living room. saya yg dah malas dan memberontak ni boleh let go and tak takut lansung dengan gertakan dia…may be setan dah hasut plus mmg purposely nak dia tau i dah tak nak dgr ckp dia coz i dah x sabar dan nak dia plak mengalah. dia marah i menengking ckp ngan dia time i marah..tapi sebelum i mula marah i dah mintak elok2 but no respond…so mmg sakit ati…dah nak wat camne…kalo org lain call trus laju pakai seluar baju nak g wat keje…tapi kita kat umah minta tolong bg anak mkn sbb sakit n lapar sgt dia bo layan…lengah2 kan…mana tak sakit ati….dah la tgh mengandung..anak kecik umur 10 bulan kita minta tolong bagi mkn…kadang2 terasa yg lelaki hari ini lebih kepada gile kuasa memperhambakan bini dari mengawal dan menjaga bini…..itu yg buat i marah…time suami nk kita disuruh buat tanpa bantah….tapi part kita minta dia buat endah tak endah…apa kes…saya mmg tak rasa itu adil atau itu yg sebenarnya islam ajar…..Saya bukan jenis yg simpan and boleh telan kalo benda tu saya rasa salah. sy mmg outspoken. laki tak betul pun saya cakap u tak betul this and that…sy tak pandai nak bermuka2 so bila ade yg tak puas i cakap mmg tak tapis tapi tak kasar bahasa cuma kasar suara coz nada mmg gerenti tinggi…tu yg laki i paling tak berkenan…as if i marah budak kecik tak hormat dia sebgai suami…tp mmg ms tu sy ketepikan kesuamian dia bila nk ketgh kan isu sy bukan hamba abdi and jadi ilang respek ms tu coz mmg tak berkenan dgn perangai dia…. saya akui sy salah tinggikan suara tp sy ckp elok dia tak pakai….dah kita marah at least dia bg attention skek..plus dapat mcm2 dosa…if x wat mcm tu sy akan mkn ati……pun dia yg berdosa…dah nak wat mcmana…selagi perangai memperhambakan bini ni tak di betulkan…selagi tu la pompuan trus wat dosa agaknya ye…. komen le kalo ade yg saya salah…

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam..

      Berkenaan tanggungjawab seorang suami ini, seelok-eloknya diamalkan oleh para suami dan bakal suami. Apabila sudah mendirikan rumahtangga, hubungan yang dibina bersama suami tidak goyah dan berakhir dengan perceraian. Yang menjadi mangsa,anak-anak yang tidak bersalah. Admin nasihatkan agar puan banyakkan buat solat sunat istikharah dan selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

      Agak malang sekiranya suami mengunakan statusnya sebagai suami sehingga menakutkan isteri dia dengan mengatakan berdosa besar jika melanggar atau tidak ikut perintah suami. Yang menjadikan keadaan bertambah teruk, sikap suami yang tidak begini peka dengan suruhan agama dan mempermainkan agama sewenang-wenangnya.

      Admin nasihatkan agar puan dapat bersabar kerana puan telah tahu sikap suami puan macam mana yang kuat bekerja. Jadi,biarkan saja dia dengan kerja dia. Jika marah, puan boleh cuba kaedah-kaedah untuk menghindari marah seperti menarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa detik dan hembus perlahn-lahan. Atau juga boleh mengambil wudhu. Sifat air yang sejuk boleh membuatkan keadaan panas menjadi reda seketika. Selain itu, cuba dapatkan nasihat dari pihak yang boleh boleh dipercayai dan boleh berkongsi masalah puan terutama kaum wanita yang sudah berkeluarga. Membaca kisah-kisah motivasi dan nasihat mungkin sedikit sebanyak boleh membantu puan.

  6. ayamserama Berkata:

    A’kum..membaca setiap keluhan hati semua Si Isteri tergerak sy nk berkongsi disini. Dlm Islam memang mengatakan kita isteri tdk buleh mencerikan keburukan dan keaibpan suami kpd sesiapa pun.hukumnya..katanya Dosa. O.k.
    Tetapi sesiapa yg dpt mendengar keluhan dan rintihan si isteri-2 ni jika sikap suami itu sendiri mengaibkan dirinya sendiri.

    Sedih sy dgr semua isteri yg menghadapi masalah masing-2 dan sy yang baru berkawin pun menghadapi masalah rumah tangga dik keegoaan sisuami dan sikap tidak percaya pd isteri. Entah lah bkn kami tk tahu hukum agama . tp inilah manusia bila menghadapi perangai mudah lupa diri.

    baru mendirikan rumah tangga 6 bulan.. kewangan memang tidak o.k. k.o jer.. bila ada duit lebih sikit bg kawan pinjam, loby sana lobu sini asyik kena tipu jer dgn kengkawan. Suami ku memang baik dan terlalu percy pd kwn tp pd isteri lain pulak dan berkira dgn isteri. Sy memang tk kerja nak kerja kejap dia suruh kerja kejap dia kata jgn kdg-2 dia kata kerja tk sesuai.. tp kalau business dia sy tk pantau memang asyik kena tipu n hbs ler ..jaw.. mungkin sebab ni ler Tuhan tk kurniakan sy anak lg.. Sy merintih dan menangis sendiri bila sikap suami yg suka berkira dan tk syukor dan tk sedar diri.. pernah 2x dlm tempah 6 bulan duit dah tk der satu sen pun nk mkn beras dah tk der.. sy korek tabung, cr duit siling dan duit yg sy sorok2 hasil beli brg daour lebihan. sy sanggup keluarkan semua wang simpanan utk bg suami mkn..suami sy tk mkn sarapan tk buleh kena masak hr-2.
    Bila suami dpt duit hasil kerja dia.bila sy kata sy tk der duit nk topup tel dan dia kata dia ada bg kat sy RM50.sy kata dia tk bagi ,dia kata bagi sy kata tak..sy tegas kan..dia masih tk percaya ckp saya..dok argui mcm tu ler ada tak ada ..sampai sy buka beg duit sy dan tunjuk beg sy semua isi serapah dlm duit emang tk ada.. sampai sy tersedu dgn sikapnya yg berkira dan utama dia tk percaya kata-2 dan sy tk pernah berkira walau sersen walau sepenat sy melayan dia.. entahlah..apa kah perkahwinan jika anda tidak percaya pasangan anda yg jujur. yg tipu pun satu hal ler..tp yg si isteri jujur sanggup korek tabung , tk der duit buat bedak sejuk pg jual kat kengkawan, jual buku agama..semata-2 nk bg suami duit utk bergerak bubuh minyak kereta ,tol dan duit mkn takut suami sakit..itu pun dia tk nampak.. apalah dosa ku sampai mcm ni sekali dpt suami baik tp..Tuhan aja yg tahu..bkn ku bercerita disini nk mengaibkan suami ku sekadar meluahkan perasaan. kerna ku tiada tempat mengadu..kuharapkan suami k..tp….sedih..sesgt ..aku hanya mampu menangis dan menangis menyesali setiap apa yang berlaku..Ya ALLAH ampunilah aku…Jika masih ada dosa-2 ku . Sy baru balik dr Umrah ku dah pohon keampunan kupohon dr tuhan demi kebaikan rumah tangga ku..tp dugaan ini menggoyah kasih sayang ku pada suami yang amat ku cintai..

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam. Admin di sini turut tumpang sedih di atas apa yang berlaku. Kita doakan agar sesuatu akan berlaku yang akan mengubah segalanya menjadi lebih baik.

  7. cekgu Berkata:

    assalammualaikum.. saya dan suami dua2 bekerja. saya seorang guru dan suami merupakan pegawai di jabatan kerajaan. Situasi disini, saya membantu suami membayar kereta+bil2 dimana suami telah menetapkan 60% dia bayar, 40% saya bayar. suami tidak pernah membelikan pakaian kepada saya. suami tidak perlu membayar rumah kerana kami tinggal di flat sekolah. kami akan membeli rumah, dan suami telah menetapkan bayaran 40% adalah tanggungjawab saya. Barang keperluan harian kadang2 dia beli, kadang2 saya yg beli. Jadi persoalannya disini, apa yg dimaksudkan, suami perlu menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian n etc?? saya rasa, sama sahaja saya dan dia yg sediakan semua. Suami TIDAK PERNAH bagi wang belanja kepada saya. MUNGKIN dia rasa saya mampu belanja diri sendiri sebab saya bekerja. dan saya pun TIDAKLAH meminta2 diberi wang saku. Dia selalu OUTSTATION, tapi TAK PERNAH BAGI WANG BELANJA. Jadi, MACAMMANA? bolehkah macam ni??? senanglah PARA SUAMI SEKARANG. ISTERI BEKERJA. JADI TANGGUNGJAWAB BAHAGI SAMA RATA. SAMA JUGAK SITUASI MACAM TINGGAL SORANG2. Lagi baik sebab tak sakit hati sebab tak buat keja umah sorang2. Suami JARANG BANTU buat kerja rumah. TAKPAHAMLAH. TOLONG BANTU. TAKUT RASA SYAK MUSYKIL NI MENAMBAH DOSA SAYA. TERIMA KASIH.

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam

      Berkenaan tanggungjawab seorang lelaki adalah wajib menyara keluarga dan isteri tidak diwajibkan mengeluarkan wang melainkan jika ingin membantu keluarga terutama meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Kebanyakan suami memandang mudah perkara ini iaitu apabila isteri turut bekerja, maka tidak perlulah mengeluarkan wang bagi isteri mereka kerana sudah ada pendapatan sendiri. Selalu sahaja perkara ini terlepas pandang dan apabila diajukan kepada bahagian kaunseling, mungkin hanya sekadar dua atau tiga bulan yang berubah dan selepas itu, kembali kepada biasa iaitu tidak memikul tanggungjawab sebagai suami dengan berlandaskan syarak.

      Apa yang ingin admin nasihatkan disini, puan tidak usahlah terlalu musykil kerana ianya akan menyebabkan puan semakin tertekan dengan sikap suami puan tersebut. Puan ada pendapatan sendiri dan boleh membeli keperluan yang diingini berbanding isteri yang tidak bekerja dan hanya mengharapak suami yang menghulurkan wang untuk membeli barang keperluan. Puan boleh cuba nasihati suami puan secara berhemah dan tidak terlalu mengikut emosi. Tegur secara berkias dan berlembut mungkin membantu. Di samping itu, berdoalah agar terbuka pintu hati suami puan agar berubah menjadi lebih baik dan mengikut atau menjadi suami yang lebih bertanggungjawab.

      Admin berdoa agar segalanya akan dapat diselesaikan dan dihadapi dengan lebih baik dan lebih berhemah.

      • sayang suami Berkata:

        saya baru berkahwin 4 bulan lebih… seperti kebanyakan wanita saya juga menghadapi masalah dalam urusan nafkah keluarga. saya pernah dicaci dan dimaki suami kerana gagal menyediakan makanan untuknya sedangkan suami saya tidak tahu saya tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan dapur. sayu juga hati saya bila dimarahi begitu walaupun saya tidak diberi wang saku untuk membeli keprluan dapur. makanan yang dibeli dan dimasak oleh saya pun hanya menggunakan duit mas kahwin. kami sama-sama bekerja tapi saya baru sahaja mendapat pekerjaan dan gaji juga belum masuk. saya
        tertekan dengan cacian suami saya dan dia mula mengungkit bahwa bkn tugasnya memberi saya makan. sejak itu hanya saya yang berusaha menyediakan makan minum suami menggunakan duit sendiri. saya baru beberapa minggu hamil dan tubuh saya merasa cepat lesu, pening dan loya namun suami tidak pula meringankan beban saya menguruskan rumah tangga. hanya saya yang kena bersihkan rumah di dalam dan luar dan ini kadangkala membatasi kemampuan saya. suami saya pernah memarahi saya kerana menuduh saya tidak pernah membersihkan halaman rumah padahal saya selalu membersihkannya cuma suami saya yang tidak pernah lihat. halaman rumah kotor juga disebabkan tayar kereta suami saya sendiri.kadangkala saya rasa sangat letih dan penat tapi saya rasa takut untuk berehat bimbang dilihat suami sebagai isteri yang pemalas..pernah juga suami saya membersihkan halaman rumah tapi dia mengungkit dan berkata itu bukan tugasnya dan terus memarahi saya. 100% urusan rumahtangga diserahkan kepada saya semata-mata. kadangkala saya tidak ingin hidup lebih lama kerana bimbang saya tidak mampu menjadi isteri yang baik sekaligus mencampakkan saya ke neraka.. saya rela andai suami saya ingin mencari pengganti jika ada wanita yang lebih pandai menjaganya kerana saya sangat sayangkan suami saya..

      • airmien Berkata:

        Sebagai seorang suami walaupun isteri mereka bekerja, mereka tidak boleh melepaskan tanggungjawab sebagai seorang suami. Sikap yang ditunjukkan oleh suami puan amat dikesali. Rasulullah sebagai contohnya, turut membantu isteri baginda dalam urusan rumahtangga. Admin harapkan agar puan bersabar dan selalu berdoa kepada Allah agar suami puan berubah suatu hari nanti. Insya Allah.

  8. zu Berkata:

    saya amat bersetuju dengan san semua luahan para isteri di ruangan ini. semoga Allah memberkati kita kaum hawa sekalian…aminnn

  9. yatt Berkata:

    sedih betoi idup ini..

  10. yatt Berkata:

    mcm saya…hmmm setelah dpt bkerja dgn kerajaan..gred pun biasa jer..husbnd seakan melepas tangan dlm hal2 bekaitan nafkah..semua perkara berkaitan kewangan saya yg uruskan..berapalah sgt gaji seorg kerani biasa..anak dah dua..nk tolak loan lagi..x der keta saya blikan..bt loan keta 10k jer..tp loan bt lebih coz tahu prangai dia .jenis x amik tau masalah kewangAN saya..sekolah ank saya..yuran saya baju raya.saya..smua saya..byq ngasuh saya..susu pampers saya..mkn saya..semua tu meletihkan saya..bila saya carikan kerja utk dia..x nk pulak dia..tmpt tgl hnya hrp nk dok gan mak dia..nk berniaga saya bg modal..hnya sekerat jln jer..modal stuck kt situ jer..skrg saya dah pindah dr umah mertua..tu pun atas usaha saya..nk byr umah..??/sah2 saya jgk..bil2 lagi.mmg letih mengenangkan nasib..smpai bila..nie dah nk masuk 2 thn..saya cuba memujuk hati memberi masa sthun lagi utk dia berubah…byk lgi yg hendak di luahkan sebenarnya…

    • airmien Berkata:

      Suami melepaskan tangan dalam urusan rumahtangga memang banyak yang dilaporkan. Seeloknya cuba dapatkan pandangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama dari segi kaunseling. Ada yang sampai 20 tahun pun pernah berlaku dan memang berlaku isteri yang menanggung suami yang malas dan apabila isteri menuntut nafkah dari segi kewangan, suami kata tidak ada wang dan buku bank, slip gaji disembunyikan. Ini memang pernah diceritakan kepada admin sendiri.

      • Ida Berkata:

        Betul tu admin. Sy dh berkahwin hampir 26 tahun. Masalah yg sama walaupun dah pernah mengadu di mahkamah syariah. Semua urusan rumahtangga sy uruskan. Sehingga kini sy msh berdoa agar dia berubah kerana sy msh sayangkan dia…

  11. chintadhia Berkata:

    saya juga megalami nasib yang sama,baru sahaja berkhawin selama 10bulan,tetapi berbagai dugaan yg saya alami..suami saya seorg yg sgt tidak memahami hati dan perasaan saya,malahan di tempat tidur jugak dia tidak pernah peduli sama ada saya puas atau tidak,,yg puas cuma dia,nafkah zahir juga sama,kalau rm100 yg diberi itu ja lah sampai akhir bulan,nasib baik saya berkerja,pergi mkn di luar pun saya yg kena bayar,saya mengalami tekanan emosi yg meruncing,bila bergado saya akan mejerit,menangis tanpa henti tetapi dia tidaka akan memujuk saya malahan terus-terusan meyakiti hati saya dengan berkata macam2 keburukan saya,saya telah banyak berkorban untuk dia,tetapi dia tidak pernah mghargai saya,malahan di hari lahir saya pun dia tidak mgucap selamat hari lahir sedangkan dia tahu bahawa hr itu hari lahir saya,ego yg menguasai dia,apabila saya membaca artikel ini sya sedar bahawa suami saya tidak seperti yg diceritakan dalam artikel itu,dan saya wanita yg malang kerana bersuamikan org seperti ini.

    • airmien Berkata:

      Admin bersimpati dengan nasib yang telah menimpa. Tanggungjawab seorang suami sangat besar dan haruslah berlaku adil dan saksama. Nafkah sering kali diabaikan oleh pihak suami termasuk zahir dan batin. Dalam nafkah zahir seperti urusan perbelanjaan rumah tangga, suami harus beri sekadar yang mampu dan tidak boleh lepas tangan seandainya isteri dia turut bekerja.

      Artikel ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tangungjawab seorang suami dan isteri pun boleh baca sebagai pengetahuan tentang tanggungjwab seorang suami mengikut Islam. Alangkah beruntungnya sekiranya para suami dapat mengikuti seperti apa yang telah ditulis dan berpegang teguh kepadanya.

      Diharapkan agar dari pihak puan dapat mengikuti sesi kaunseling berhubung masalah yang melanda ini. Sesi kaunseling mungkin boleh didapati di jabatan Agama Islam atau pakar di dalam bidang rumahtangga. Sebelum itu, adalah dinasihatkan agar dapatkan kaunseling dari pihak yang boleh dipercayai dan arif dalam menghadapai masalah yang melanda. Bimbang apa yang diingini tidak kesampaian dan lari dari tujuan asal.

  12. asnita Berkata:

    sy ingtkn..pkhwinan sy yg plng truk skali,tetapi rmai lg yg truk dr sy.Syukur Alhmdulillah…wlaupun sbnarnya,nasib sy dgn kwn2 yg lain same saje.sy br brkahwin 3bln..sejak mula2 bkahwin,suami bg nafkah.dah 2 n 3 bln…suami dah xbg nafkah.bile kte mnta,dia ckp xde duit.sy xmnta utk bshopping.tp untuk mkn.sy sorg yg bkerja.duit gaji abis byr hutang2 suami tiap2 bln..byr rumah..keta…maintnance smua suami dah tetapkn kna byr half2..sy xfhm.adakah dlm islam mnyatakan yg si istri wajib bantu suami byr smua hutang??sdangkan suami ada duit bli rokok tiap2 hari.sy sgt xfhm.klu pegi psr,die suruh sy byr.klu sy ckp xde duit,die mulalah tarik muka n marah.smpi ke rumah xtgur n tdur pun kat bilik kosong.derhaka ka sy coz telah buat suami sy marah??sy xpnah tggl tnggungjwb sy sbg istri.ape sj yg dia mnta,smua sy tunaikn.Derhaka ka sorg istri skiranya dia xbantu suaminye byr hutang2 spt rumah,kereta n pbelanjaan rumah???sy sgt rs tertekan dgn pkahwinan ini..sy rs sgt seksa hdup bkeluarga.n lebih baik hidup sndiri…tolong jwb soalan sy…

    • airmien Berkata:

      Masih ramai lagi yang lebih teruk dari yang dialami oleh puan. Masalah utama, suami abaikan tanggungjawab. Apa yang ingin admin tekankan di sini, isteri wajib mentaati perintah suami selagi ianya tidak menjurus kepada syirik kepada Allah. Cuba dapatkan pandangan dari Majlis Agama berkenaan perkara ini untuk sesi kaunseling. Elakkan dari berfikiran negatif kerana ianya akan membuatkan diri dan fikiran puan jadi berserabut. Dapatkan buku-buku motivasi yang berkaitan dengan kekeluargaan untuk bacaan puan. Insya Allah ianya akan membuatkan puan rasa reda sedikit. Masalah ini bukanlah baru tetapi ianya telah ada sejak lama dahulu. Ianya memerlukan perhatian dari pihak jabatan agama dan sesi kaunseling mungkin perlu bagi pasangan yang menghadapi masalah ini.

  13. siti noor hidayah Berkata:

    assalamualaikum..
    saya dah kawin hampir 3thun,mmpunyai seorang anak.saya surirumah sepenuh masa..saya geram dgn sikap suami yg slalu utamakan ibunya dri saya. dari segi nafkah, dia akan bri duit lebih banyak kpada ibunya berbanding saya. gajinya tiap-tiap bulan habis dgan melangsai hutang. nafkah utk saya ni sedikit sahaja dia beri. pernah juga tak bagi langsung duit nakah,saya diam sja sbb kasihankan suami xckup duit.pernah juga pinjam duit saya jika dia tidak cukup wang. bkn itu saja, tiap bulan suami slalu pjm duit dari abang/adik/kakaknya. saya hendak bkerja ttpi suami xizinkan..tlonglah saya selesaikan masalah ni..

    • airmien Berkata:

      Waalaikumussalam..

      Berkenaan perkara ini, banyak yang diutarakan..mungkin puan boleh dapatkan nasihat dari pihak jabatan agama yang berhampiran..

  14. Ros Berkata:

    Suami2 skrg mmg pelik2…sedih sgt2…:”(

    • airmien Berkata:

      Sebagai seorang suami, kena tahu apa tangguangjawab mereka dan seorang isteri, bantulah mereka jika ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan keluarga.

  15. Hells Novokane Berkata:

    assalamualaikum, demi fajar yang terbit dari timur dengan kekuasaannya.
    saya telah mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta pada tahun 2006. alhamdulillah kami dikurniakan cahaya mata yang diamanahkan Allah selepas setahun berkahwin. pada tahun tahun awal perkahwinan kami semuanya berjalan lancar dan kami bahagia hidup bersama seadanya dengan izin Allah. Namun panas tidak sampai kepetang. pada 2 tahun lepas isteri saya telah menyambung pelajarannya di salah sebuah IPTA di Kuala Lumpur. demi cita citanya saya rela melepaskan dia dengan sepenuh kepercayaan yang ada. alhamdulillah semuanya lancar, isteri saya berjaya mendapat apa yg diinginkan dalam mengejar ilmu dan saya tumpang gembira walaupun kami kadangkala dilambung badai dalam tempah terserbut. Tapi, dengan kejayaannya itu telah membuatkan dia memperkecil kecilkan saya, dia telah berubah hinggakan sanggup menipu saya, keluar rumah sesuka hati, keluar pagi pulang pun lewat pagi. makan dan minum saya juga sudah diabaikan hinggakan berat badan saya turun mendadak 12 kilo dalam masa sebulan. dengan kekeuasaan Allah, apa yang dilakukan dibelakang saya telah terbongkar sedikit demi sedikit. Naluri suami kepada isterinya tidak boleh dipersoalkan. namun begitu saya tetap sayangkan isteri saya, setiap hari saya berdoa agar Allah mengampunkan nya, semoga Allah melindunginya dimana saja dia berada. saya anggap segala penghinaan, kebiadapan, penderhakaan, penipuan serta dosanya pada saya dan Tuhan adalah diatas kekhilafan dan kelemahan dari dirinya. walaupun hati saya remuk, luluh, terhiris dengan segala perbuatan isteri saya, saya akan tetap memaafkannya kerana cinta saya pada dia melebihi apa yang ada di bumi, jauh melangkaui apa yg ada di langit. semoga kami tabah melayari bahtera rumahtangga ini. Amin.

  16. rose Berkata:

    Betul cakap aien tu

  17. mama Berkata:

    saya sudah 8 tahun menanggung suami….tekanan mula terasa, hanya doa pd Allah….kalau ini jodoh terbaik utk saya, kekalkan hubungan ini ya Allah…kalau ini bukan jodoh terbaik saya dan saya bukan jodoh terbaik utk dia, maka putuskan hubungan ini dengan cara yang baik ya Allah….sentiasa berharap pdNya….

    • airmien Berkata:

      Selalu bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku. Jangan mudah putus asa untuk berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalani kehidupan. Setiap apa yang berlaku adalah ujian daripada-Nya untuk setiap hamba-Nya. Kehidupan tidak semudah yang disangka. Ada hikmah setiap apa yang berlaku. Untuk menjadi seorang hamba-Nya yang berkualiti.

  18. tulips Berkata:

    saya juga sokong dgn komen2 diatas.. suami skrng egonya xmunasabah.. mmng menyedihkan klu sisuami seorg yg mampu tetapi xdapt memenuhi keprluan istri.. tp lagi sedih klu sisuami gagal mnjadi pembimbing istri.. solatnya ke laut, bila ditnya sudah solat ke? dijawab ‘sudah’ tetapi sejadah nmpk tidak berusik.. nk tegur pun serba salah.. solat 5 wktu tiang agama, klu xbuat, n mngaku x buat,sekurng2nye istri tau, si dia berkata jujur.. tp klu xbuat, kata ‘sudah’..mmmm… kene la membimbing diri sndri..

  19. Makan Hati Berkata:

    Salam semua

    Tahun 2012 cukuplah 4 tahun saya berkahwin & masih belum dikurniakan cahaya mata. Asalnya kami adalah kawan sama belajar. Kami berkawan pun tak lama, terus bernikah. Sepanjang saya berkahwin dengan suami, setiap hari saya akan makin makan hati dengan tingkah lakunya. Terus terang saya katakan suami saya jarang bersolat. Solat jumaat tak penah pegi walaupun masjid dekat. Bila saya cakap, dia kater dia tahu laa… Dengan sifat panas baran dia lagi. Sebenarnya saya boleh nampak perbezaan suasana kehidupan family saya dengan family suami. Saya bersyukur kerana dikurniakan ayah, emak, serta ahli keluarga yang ambil berat termasuk tentang solat. Berbeza dengan keluarga suami saya. Tapi saya tak pernah cakap dengan ahli keluarga saya. Bila berkahwin baru saya tau sikap sebenar suami saya & ahli keluarganya.

    Saya dan suami sama2 bekerja. Memang setiap bulan saya yg akan bayar semua bil-bil utitliti termasuk beli barang dapur. Suami mmg jarang keluarkan duit dia sendiri. Puncanya dia selalu cakap duit dia tak penah cukup, sedangkan gaji kami adalah sama. Kerana itu lah saya tak penah mintak pun duit darinya. Sedangkan saya tahu itu adalah tanggungjawab suami saya. Sampaikan kalau nak beli apa2 pun saya perlu simpan duit sendiri.

    Bab panas baran lagi la……bila marah suka cakap yang bukan2. Saya tak biasa mendengar kata-kata yang kurang baik kerana mak ayah saya tak penah ajar adik-adik dan saya untuk bercakap yang tidak baik. So, kalau dia marah, saya hanya amik sikap berdiamkan diri sahaja.

    Dari hari ke hari saya semakin makin hati. Dan kerana itulah mungkin saya belum dikurniakan anak. Ada hikmahnya,….mungkin saya yang tak tahu.

  20. HambaAllah Berkata:

    Apa hukum, mertua iaitu mak kepada suami melakukan sihir agar suami bencikan isteri Dan sihir untuk musnahkan rumahtangga sedangkan Sudah mempunyai beberapa org anak. Dan bagaimana harus si isteri melayan mertua?..

  21. HambaAllah Berkata:

    Mertua pula Sudah berdepan Saya Dan suruh Saya ceraikan suami Dan pada masa sama mertua warning kata jangan suami tahu perbualan kami.. Mertua akhiri dengan ugutan yang dia Akan pastikan kami bercerai Dan mertua tak akan berhenti ( iaitu melakukan sihir ) sehingga dia pasti kami bercerai. Ya kesudahan beberapa bulan kemudian suami ceraikan Saya dua Kali Dan dua Kali pujuk agar kembali… tapi yg Saya tak sanggup tanggung adalah kerana perbuatan sihir mertua..suami Saya yg amat penyayang Sudah bertukar ganas, amat membenci saya, layan Saya seperti musuh, mula pukul Saya, penderaan mental Dan emosi ke Tahap maksima. Mmg Dgn Rahmat Allah kami masih suami isteri..tapi suami tetap bukan seperti Dulu krn mertua tak Henti lakukan sihir pemisah… Yg terkejutnya, mak mertua Saya Bergelar hajjah Dan secara luaran amat alim Dan sering ke masjid.
    Adakah berdosa Saya melawan suami Dlm keadaan dia masih belengu sihir? Dan adakah berdosa jika Saya menjauhkan diri Dan anak2 Dari mertua atas perbuatannya krn Saya khuatir dia Akan Cuba pengaruhi anak anak Saya sendiri agar membenci Saya Dan juga bimbang mertua lakukan sihir pada kami melalui makanan Dan minuman yg Mmg mertua sering lakukan pada suami .? Semua ustaz Dan perbuatan Islam katakan that suami di sihir .
    Hingga kini Saya masih berusaha ikhtiar agar suami kembali seperti Dulu melalui perbuatan Islam Dan tak putus berdoa Dan tawakal pada Allah ..walaupun Saya terpaksa melawan suami Demi menegakkan keadilan Dan kebenaran. Yg pasti Mmg suami tak Akan percaya perbuatan sihir dr mak ya sendiri … Bahkan menafikan keadaan dia di sihir. Sudah pasti lah Dgn semua ini..suami tak bagi nafkah zahir Dan kadang2 juga batin..kerana di sihir juga agar nafsu suami ditutup pada si isteri.

  22. HambaAllah Berkata:

    Apa hukum, mertua iaitu mak kepada suami melakukan sihir agar suami bencikan isteri Dan sihir untuk musnahkan rumahtangga sedangkan Sudah mempunyai beberapa org anak. Dan bagaimana harus si isteri melayan mertua?.. Jadi apa perlu Saya buat memandangkan suami pun langsung tak Mahu dengar kata Saya..Dan gagal menjadi suami yg Baik kerana di sihir

    • airmien Berkata:

      Sihir adalah haram di dalam Islam. Insya Allah admin akan dapatkan artikel berkenaan sihir di dalam kehidupan rumah tangga.

  23. noni Berkata:

    sy berkahwin dr thn 2007 dan dikurniakan seorg ank yn kini berumur 3thn lbh. dr awl perkahwinan, kami sgt bhgia. suami sy tlh kehilang maknya sebelm dia brkahwin dgn sy tp ayhnya msh ad. dia merupkan ank sulung dr 6 adik-bradik dan semuanya lelaki. 3 yg teratas sdh berkhwin. pd thn yg sm ayhnya tlh berkhwin. slm ini adik abg 3org lg tgl bersm ayahnya. 2org yg msh sek. tp pd thn 2008 iaitu sethn kami berkahwin dan blk kg, ad lh org bercerita tentang maktiri ni yg xhiraukan adik abg, jd kami sedih mendengarnya dan kami mengambl keputusan utk mengambl merka tgl dgn kami, itu pn bersyart kami abl 1 dan adik abg abl 1. adik dia sdh berkhwin dn tgl di johor. bl tb ms adk abg yg dh kawin ni xnk ambl jd kami lh yg btggungjwb. ms 2 yg bongsu tgktn 1 dan yng kedua bongsu tgktn3. mapak dia kawin pn xbg th ps suami sy jd di mrhlah spi brthn2 xblk umh kg. jd sekarang ni adik dia semua dh bsr yg bongsu tktn 5 dn seorg lg d ipta. suami sy xpernah bg nafkah zahir kpd sy tp blnja umh dia bl la. adik2 dia kt sgt mkn. sy pn xth la nk ckp mcm mn. sy dgn suami sy sll bergaduh sbb dia sll nk bersama sdgkan nafkah dia xbg. sy jd xde hati dgn dia bkn dh xsk tp kerana mslh keluarga dia bermcm2 mslh. adik2 dia yg lain xpernah bg duit utk suport suami sy, jd tjwjwb dia kpd sy terabai. dl ckp nk bg la tp tup2 hbk pn xde. pd thn 2010 sy abl kptsan sbg bljr lg shgg 2011. awl thn 2012 sy tgl lg dgn adik dia. spai skrg umh tgga kami xpernah aman, suami sy xpernah sembahyang. adik2 dia sll bg th kwn2 dia yg sy ni jht la, xprnah abl th psl dia la. sdgkan sy xpnah marah pn, memg sy xprnah abl th psl dia. tp mkn minum sy buat utk mrk. ry br ni kami beraya dirumah suami. suami sy tlh brjanji ari ry pertam ptg nk blk ry umh mk sy tp dia ckp tgu la pg besok pd ry kedua. pg ry 2 sy ajk lg dia blk dia ckp tgu la ank blk dl sbb adik laki dia bw ank sy beraya. lps 2 ank sy blk sy kemas2 brg msk dlm kereta, dia blh msk blk tidur. sy jd pns la setiap kl ajk blk umh sy dia xnk, sll mcm 2. kl ct ke aslkan blk kg duduk je umh dia xpernah blk umh mak sy. sape xmrh? sbg blk……sy pn msk blk dn ajk lg dia blk dia ckp nt lps dia bgn tdr dgn perasaan mrh sy ajk ank sy naik kereta dn sy pecut blk umh mak sy. mak sy sedih setiap kl sy blk kg hanya singgah saja umh dia lps 2 terus blk walaupun ct 2mgu. kecik hati mak sy. dia xpe la xde mak. kak sy pn ckp mcm 2. spai sedara-mara dia tya kpa suami xblk sm. igt sekali sy nk je pergi mahkamah nk mintak nafkah. tlg la sy.

    • airmien Berkata:

      Salam Puan Noni.

      Berkenaan perkara ini, eloklah sahaja pergi berjumpa dan berunding dengan jabatan agama dan mahkamah jika ianya tidak dapat dielakkan.

      Pandangan berkenaan suami yang mengabaikan nafkah memang kerap kali diajukan di dalam mana-mana perbincangan dan penulisan.

      Admin doakan agar puan dapat berfikir positif dan jangan terlalu mengambil hati dengan apa yang dikatakan oleh orang lain.

  24. nor hayati Berkata:

    as’kum…saya sudah hampir berkahwin 6 tahun, saya x tau mcm mn nak menyelesaikan masalah saya ni..iaitu perangai suami saya yang selalu pentingkan aktiviti harian terutamanya kawan dia lah…dari anak pertama sehingga ank ketiga..tidak pernah berubah…dah banyak kali berjanji untuk berubah tetapi…x der pun…dah berkali saya beritahu apa yang saya inginkan…iaitu perhatian dan kasih sayang….dia kata x reti nak bagi..tp ms bercinta amboi bukan main lagi….byk masa di habis kan kepada kawan dia daripada keluarga terutamanya saya dan ank2…saya dah bg tau dgn baik2 pun x dengar apa lg bila kita marah kat dia..ini mengundang pergaduhan…bila saya tanya kat dia sayang saya dan ank tak? dia kata sayang..tp mana dia kasih sayang tu…ank dia lepaskan 100% kat saya utk uruskan..dan dia x mau ambik tau dah pasal ank..baru2 ni saya nak tgk akal dia pasal belanja rumah…saya suruh dia beli barang keperluan harian… tiba2 dia marah..dia nak saya keluarkan duit sama untuk beli barang..saya pertahankan hak saya..saya kata tu duit saya…abg x leh ambik…dia terus kata saya berkira..padahal ini kali pertama saya x keluarkan duit untuk beli brg rumah…tp bab ank dia x mau jg…dia kata dia byk keja..dan mcm2 alasan dia bg….saya tgk usaha dia untuk menjaga ank ketika saya bekerja x da langsung..bg dia ank ni membuatkan dia x leh bergerak ke mn2 saja bila kawan ajk keluar…saya x tau la apa yg di pk dia..sampai mcm tu thp dia wat kat ank saya…sanggung antr kekampung janji dia x mau jg dengan bermcm2 alasan.cuba bagi pandangan…

  25. resah Berkata:

    salam. saya baru bertunang bulan 8 lepas, dan berkemungkinan akan bertunang selama 1tahun lebeh kerana saya sambung belajar,, saya ingin bertanya pada blogger dan followers, pendapat dan nasihat dari anda semua, tunang sy keturunan cina. ibunya cina convert islam selepas kawen dgn ayahnya,melayu. skrg, sy tgk dia x solat, kadang2 bila suruh je baru pergi, kalo x suruh dia diamkan je..sy dah byk kali nasihat, tapi benda ni la slalu buat kami gaduh. saya kenal dia smasa form 2.. dan skrg kami berumur 14 thun.. dsbbkan dia x smyg tu, sy jadi risau dgn diri sy nanti kawen dgn dia… tapi dia kata, sy perlu percaya pada dia yg stu hari nnti dia akn buat semua tu, tpi sy kata xperlu tgu kalo nk berubah… pulak sembahyang kan ptng dlm rumahtangga. sy nk mencri kekuatan diri utk tempuh semua ni.. bila sy tgk laki pegi masjid, x tinggal 5 waktu.. sy terbayangkan tunang sy tu.. dan betapa bahagianya sy kalo bakal suami mcm tu.. sy perlukan nasihat dari anda semua,ape care dan bagaimana utk sy tarik dia..

  26. rose hitam Berkata:

    Aku menanti saat dia terlah memahami maksud AMANAH.Aku harap agar dia tidak terlewat,aku berharap dia akan berubah dan aku berdoa agar Allah memberi pertunjuk pada dia.namun aku percaya masa yang aku tunggu selama ini tidak akan menghampakan aku.terlalu pahit jalan hidup yang ku lalui dari kecil hingga sekarang. Tapi sampai bila harus aku lalui tekanan perasaan disetiap hari ku…kadang2 aku kuat kadang2 aku hilang arah.aku rasa dah macam orang gila setiap hari harus berlawan dengan perasaan ku sendiri.Namun aku jua ada perasaan.

  27. asp Berkata:

    Sebelum kawin nampak macam baik. Semua boleh buat, polite, bertanggungjawab, sopan, budia bahasa, penyayang tapi. . . Bila dah kahwin baru tahu siapa sebenarnya suami kita

  28. rozita Berkata:

    saya mintak izin kongsikan ini dan tanggungjawab isteri dalam blog saya ye admin.. terima kasih

  29. IsteriJuga Berkata:

    Salam.
    Kunci utama sebuah rumah tangga adalah tolak ansur. Suami saya juga tidak sempurna, saya juga, alhamdulillah semua masalah seperti yang rakan rakan komen kami dapat tempuh sama sama hasil tolak ansur. Saya juga tidak dapat nafkah zahir setiap bulan walaupun saya seorang suri rumah, tetapi saya tetap rasa kehidupan kami cukup. Syukurilah apa yang ada, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Insyaallah akan dipermudahkan jalan kehidupan.

    • dra warni Berkata:

      ya setuju aja dengan pernyataan diatas tapi kl dapat lelaki yang tidak bertanggung jawab bagaimana menyikapinya mhn jawabannya

      • airmien Berkata:

        Sebagai panduan berguna untuk semua, sekiranya dapat diaplikasikan di dalam kehidupan lagi baik. Ini adalah antara contoh yang dapat dibuat di dalam kehidupan. Admin harap dapat digunakan untuk mengubah diri supaya jadi lebih baik. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin

  30. lisa Berkata:

    salam,
    saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Saya juga mempunyai masalah yang sama. Suami saya adalah seorg pegawai kerajaan & saya bekerja di sector swasta. Sejak berkahwin suami tidak pernah bagi saya nafkah zahir iaitu duit perbelanjaan bulanan, pakaian malah tempat tinggal pun kami duduk dengan mertua saya bersama adik beradik yang lain. Memula saya tidak lah kisah sangat tetapi start saya mengandung sampai akhir suami saya jrg teman saya pergi check up apantah lagi hantar saya pergi bekerja. walaupun saya tak sihat tidak pernah dihantar, 7 saya gagahkan diri drive sendiri. lepas saya mempunyai anak & raya pertama bagi kami, baju raya saya pun tidak dibelinya. Bukannya saya tak ada duit tapi itukan salah satu tanggungjawab suami. ni bila kami sudah mempunyai cahaya mata, baju adalah semua saya yang beli. nak hantar ke taska kami share2 duit. Suami saya boleh dikata kan org berada & berjawatan tinggi. bile saya ajukan& bincang dikatakan saya ni tak bersyukur. jadi bile cakap mcm tu saya jadi naik angin la semua die je yang betul. untuk pengetahuan puan, makan minum kami bukan sepenuh nya ditanggung oleh suami, if hari ni die bawak saya kuar makan n bayar, esok saya plak yang kene bayar, taska share2. yang membuat saya makan hati sekarang adalah mana tanggungjawab seorng suami kalu mcm ni, lagi baik saya duduk sorg tak kahwin dari makan hati mcm ni.
    wang nafkah tak pernah bagi, pergi outstation tak pernah bagi, mkn minum share2, barang rumah kdg2 je beli slalunya saya yang beli sabun shampoo & suami tau pakai je.. toiletteries die die beli sendiri kdg2 tak bawak saya pun, anak semua brg baju makan2 kdg2 balik saya singgah beli kat kedai, rumah duduk umah adik mertua semua, kereta saya bayar sendiri, insuran anak saya bayar. suami hanya bulan beli pampers & susu, share taska je. Bile gaji saya abis die cakap saya boros. pakaian saya mmg la saya beli sendiri kalu nak harap suami saya mmg tak pakai baju lah saya. apa brg yang saya nak pun jgn harap kan dapat, kene buat proposal dulu.. harijadi pun redha je dpt apa yang berpatutan dan ade limit. tak pernah tanya saya ade duit ke tak. ingat saya memanjang berduit sahaja. pergi bercuti pun share2. saya tak pernah rasa yang die bayarkan saya sepenuhnya. Saya pun dah tak tahan lagi & menangis setiap hari. Saya tidak tahu nak luahkan kpd sapa. mcm ni ke suami sekarang yang suke mengambil kesempatan terhadap isteri.

  31. bakal ibu... Berkata:

    Wassalam… sy pun mempunyai masalah yg sama.. suami xbertanggungjwb… namun sikap lepas tgn keluarga dan sikap suami acuh tak acuh membuatkan saya takut berada di pihak yg salah… sy telah buat permohonan membubarkn perkahwinan, namun suami cuma ketawa dan kata sy tak de sebab nak mohon cerai… dia dah 3 kali tangguh tarikh mahkamah… namun selepas baca semua di atas, sy yakin sy dpihak yg benar… sy tak takut lg dgn ugutan suami.. alhamdulillah Allah swt tunjukan jalan…. thanks semua

  32. Hamba allah Berkata:

    Apakah hukum suami tidak dapat menyediakan tempat tinggal isteri disebabkan ayah kepada si suami tidak membenarkan mereka berpindah ke rumah lain?

  33. si isteri yang pasrah.. Berkata:

    salam, saya nak tanya apa hukum kalu suami tak membenarkan isteri bg duit pd ibu nya?? dalam situasi begini, si suami yg saya perkatakan bkn la suami yg teruk n pemalas suami tu sgt bertanggungjawab… kadang2 bila isteri sakit dia menggantikan tugas isteri di atas bahu dia…mencari nafkah tak henti2, asalkan anak n isteri ckup kperluan…dia bkn la org kaya memadai dgn mencari rezeki n penuhi kehendak n kperluan anak n isteri dengan baik.. si ibu pula asik mslh duit kejap2 mintak pd si anak perempuan… lagi2 bila si anak dapat gaji lg cepat dia minta sehingga buat suami xsenang dengan kelakuan ibu si isteri… akhirnya suami kata jangan bagi lg krn tpaksa utamakan yang penting dahulu… saya bingung la… sy xmau jd anak derhaka, sy juga xmau derhaka pd suami sy…kalau ikut kan bln ni pendapatan btul2 hanya ckup utk kami sekeluarga… apa patut sy buat?? ada sapa2 bole beri pandangan?? patut ke isteri bagi duit kat mak dia tanpa bgtau suami? bdosa x??

    • airmien Berkata:

      Berkenaan perkara ini, isteri perlu mendapatkan restu dari suami kerana isteri dibawah tanggungjawab suami. Kalau tidak keberatan boleh tolong tetapi perlulah dimaklumkan dahulu kepada suami.

  34. Insan kecewa Berkata:

    Perkahwinan sy tlh 7thn dn mpyi 3 org chya mata…tp sy selalu mkn ht…..suami sy xpnh menjaga hati isteri….ttp kwn lbh utama dr isteri…sedih n terkilan krn dsaat susah isteri yg menolong tp bla senang isteri dilupakan…bl dtegur xblh dtrm…suami beranggapan sy semua salah…bl perbalahan tercetus…suami hnya mengajak untuk bercerai sbg penyelesaian,.tdk pernah suami cuba memperbaiki masalah n memperbetulkan kesalahan….sy sedih n amt tertekan lantaran sy juga msh dlm berpantang. Kaki dan tangan mainan utama bila bergaduh….sy mjd tmpt lepaskan geram….pernah juga dipijak dada….suami juga pernah blaku curang…..sedih dan kecewa dgn sikap suami yg sy anggp blh menjaga n mjd pelindung kpd sy ttp sebaliknya….

  35. fyda Berkata:

    Ape pulak hukumnya jika suami bekerja tp tidak melakukan tanggungjawab sepenuhnya… suami perlu.memberi nafkah kepada isteri…tetapi hanya membeli keperluan dapur dan byr byr bil2 rumah.. yg selebihnya isteri yg tanggung seperti membayar duit transport anak ke sekolah..duit belanja anak ke sekolah…dan lain lain sedangkan itu sepatutnya suami yg kene tanggung… apabila diminta suami akn memberi alasan tak mampu.. pdhal sy hnya surirumah sahaja.. hutang sy dengan suamipun sy kne byr balik… ape pulak hukumnya kalau macamtu..??

    • airmien Berkata:

      Salam puan. Berkenaan perkara ini, adalah baik sekiranya puan laporkan kepada pihak jabatan agama kerana tugas suami puan tidak dilaksanakan dengan betul. Mungkin mereka dapat beri kaunseling kepada suami puan.

  36. Hayati Berkata:

    Bila dengar cerita pasal lelaki tak betanggungjawab, takut nak kawin …

    • airmien Berkata:

      Usaha, doa dan tawakal. Perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah. Dapatkan bimbingan dari ustaz dan ustazah yang diketahui baik akhlak [tidak lari dari apa yang diajar dan gaya hidup], diketahui kitab apa yang digunakan dan siapa guru-guru mereka. Elakkan dari terpengaruh dari ustaz dan ustazah yang buruk akhlak dari memberi nasihat kerana ingin menjaga salasilah ilmu yang disampaikan.

  37. zaara Berkata:

    alhamdulillah….. walaupon suami sy penuh kekurangan dan sy pernah tidak bersyukur tp setelah meminta nasihat pd mereka yg arif sy semakin positive…. tp sy akan lihat apa kebaikan dalam dr dia…. walau hanya 1 kebaikan dalam diri.. sekiranya kita sentiasa percaya akan janji Allah pd isteri solehah @ taat.. janji itu ada lah pasti.. Allah telah berkata pasangan kita adalah sepdan dengan kita… mungkin kita juga mempunyai kekurangan dr sikap, atau Allah nak duga kita kerana kesilapan kita semasa muda. Hendaklah kita bersyukur bersuami dari mereka yg tidak bertemu jodoh kerana sebahagian ibadat kita di dunia terlaksana. Kita perlulah sentiasa berfikiran positive…. kenapa kita berkahwin dgn dia dan kenapa masih bertahan…. sekiranya mempunyai masalah yg mmg x dapat dielakkan rujuk la kpd pegawai agama yg bertauliah jgn pula bercerita pada kawan2 atau adikbradik yg mungkin menambahkan keruh. Seseorg pernah nasihatkan saya bila kita diduga dgn kekurangan akan sikap suami itu adalah jihad kita dlm perkahwinan. Wallhualam… cr lah keredhaan untuk akhirat dan bukan kebahagian sementara di dunia. Apabila kita betul2 bermuhasabah diri pd Allah, kita akan sentiasa beryukur dan berdoa utk kebaikan suami. sila semak balik hubungan kita dengan Allah, jgn mngnggap diri kita sudah melakukan terbaik. sentiasa lah berusaha menjadi isteri solehah walaupon anda merasa tertindas. seorng istri boleh menarik suami ke syurga dan boleh juga menarik suami ke neraka…. jd yg mana satu pilihan kita. Semoga kita semua mendapat hidayah dr Allah swt. Wallahualam

  38. ayu Berkata:

    suami ni jangan bagi muka..salah isteri jugak suka nk ambil alih tanggungjawab suami,nak bayar rumah laa,kereta,makan minum..hutang suami pun nak bayar..dalam hukum mana ada tanggunjawab isteri bayar tu semua..sayang tak ikut hukum para isteri ni..then bila suami naik lemak bengang ngan suami..masa tu dah terlambat duit suami dah bagi bini baru..so balik pada hukum sayang suami ni..kita bergolok bergadai untuk dia sampai masanyer dia dapat perempuan muda..kena tinggal gak..dorang lupa dgn isteri yg berkorban..hmm renung2 kan wahai isteri..if suami takder duit kita jangan keluar duit kita..kena ada prinsip..baru suami tahu tangggungjawab dia..

  39. Nur Berkata:

    Salam.
    Isteri dan anak anak adalah amanah. Ibubapa pula adalah tanggungjawab. Antara keduanya yang mana suami perlu beratkan? Ini kerana seperti kebanyakan wanita sekarang, apabila sudah berkerjaya, suami lepas tangan. Bagi alasan tanggung ibu yang telah tua perlukan belanja yang besar. Tambah tanggung pula abang yang sakit. Isteri minta beli ubat demam anak pun dia buat tak tau. Nafkah untuk isteri yang tak sampai 10% pun ditarik balik dengan alasan perbelanjaan mak mertua dan abang ipar.

    Bila kita cakap tak izin nafkah yang tak sampai 10% tu bagi ke mertua dan abang ipar dia kata kita derhaka. Bila kita cakap dia yang terlebih dahulu derhaka dengan Allah dia cakap sapa cakap. Bila cerita sirah rasullah dia kata tak boleh pakai sebab tak dengar sendiri dari mulut rasullah. Yang dia taat pada ibunya tu arahan dari siapa? Tau pulak dari Allah, bagi nafkah pada anak isteri bukan perintah Allah?

    Terkadang syaitan berbisik juga dihati ini, suami yang ada hanyalah suami pinjam. Suami yang menumpang isteri dan suami yang membebankan. Ampunkan aku ya ya Allah jika sombong dengan nikmat yang Kau pinjamkan….

  40. myra Berkata:

    Salam..bagaimana cara sya untuk berhubung dgn pakar motivasi?memndangkan sy juga punya masalah suami yang sma..sy perlukan seseorg untuk mengembalikan semangat dan muhasabahkan diri sy…sy rs tertekan dgn suami selama 6 tahun berkahwin ni…boleh bantu sy?

  41. Ameleasazqi Berkata:

    Kdang aq mrsa bosan ketika seorang suami mau nya menang sendri dan mementingkn dri nyya sendri tak peduli perasan seorang istri ,


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 98 other followers