Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Keluarga Bahagia Oktober 16, 2023

Keluarga bahagia adalah keluarga yang hidup harmonis, saling mencintai, menghargai, dan mendukung satu sama lain. Keluarga bahagia juga memiliki komunikasi yang baik, saling terbuka dan jujur dalam berbicara, serta memperhatikan kebutuhan dan keinginan anggota keluarga lainnya.

Keluarga bahagia juga menghargai perbedaan dan memahami bahwa setiap anggota keluarga memiliki karakteristik dan keunikan yang berbeda-beda. Mereka menerima satu sama lain apa adanya dan saling mendukung untuk berkembang menjadi pribadi yang lebih baik.

Keluarga bahagia juga memiliki nilai-nilai yang kuat seperti kejujuran, tanggung jawab, saling menghormati, dan kerja sama. Mereka menjunjung tinggi nilai-nilai tersebut dalam kehidupan sehari-hari dan memberikan contoh yang baik bagi anak-anak mereka.

Dalam keluarga bahagia, orang tua juga berperan penting sebagai pemimpin yang bijaksana dan teladan bagi anak-anak mereka. Mereka memimpin keluarga dengan kasih sayang, memberikan arahan yang tepat, serta memberikan dukungan dan motivasi bagi anak-anak mereka untuk meraih cita-cita dan impian mereka.

Dengan adanya keluarga bahagia, setiap anggota keluarga dapat merasa nyaman, aman, dan bahagia. Mereka saling mendukung dan membantu satu sama lain dalam menghadapi tantangan hidup, serta merayakan kebahagiaan bersama dalam setiap momen penting dalam kehidupan keluarga.

 

Lelaki Dengan Kerjaya Januari 21, 2023

LELAKI DENGAN KERJAYA

Jika seorang lelaki tidak bekerja maka marahlah

Jika seorang lelaki tidak mendapatkan pekerjaan maka bantulah

Jika seorang lelaki memang tidak mahu bekerja maka tinggalkanlah

Tapi..

Jika seorang lelaki mendapatkan pekerjaan maka sokonglah

Jika seorang lelaki keletihan dengan pekerjaannya maka santunilah

Jika seorang lelaki berjaya dalam pekerjaannya maka nikmatilah

Jika seorang lelaki sedang tekun bekerja maka hargailah

Jika seorang lelaki sedang bersusah payah dalam pekerjaannya maka doakanlah

Jika seorang lelaki gagal dalam perkerjaannya maka permudahkanlah

Jika seorang lelaki sudah tidak mampu lagi bekerja maka rawatilah

Jika ada seorang lelaki yang hempas pulas bekerja keras dan dia adalah suamimu, maka syukurilah

Flower
 

Lelaki Itu Julai 7, 2022

1. Lelaki tidak boleh dihina dan dicerca oleh insan tersayang.

2. Lelaki yang punyai sensitif hal maruah adalah lelaki yang merbahaya. Jangan dicabar perkara yang tak masuk akal.

3. Lelaki tak suka leteran tanpa penjelasan.

4. Lelaki paling rajin. Tetapi isteri perlu ada cara nak gunakan peranan dia.

5. Lelaki ada kesabaran tinggi tetapi jika hilang kesemuanya maka hilang la pedoman.

6. Perempuan yang tidak menghormati suami adalah wanita yang rugi sepanjang hidupnya.

7. Lelaki boleh memberi segala-galanya tetapi dia akan tuntut semula jika jasanya itu adalah maruah.

8. Lelaki ingat perkataan terima kasih sepanjang hidupnya yang diucap isteri.

9. Lelaki ada “period” mood.

10. Jangan cari masalah dengan suami yang sedang keletihan mencari rezeki.

11. Sebaik-baik wanita terluka atau meroyan adalah menangis dan berdoa. Bukan berkata-kata.(paling bahaya)

12. Jangan meminta lebih dari kemampuan suami. Seharusnya bantu suami untuk berjaya.

13. Perasaan KEBENCIAN menguasai diri lelaki; dia akan lakukan 1 perkara dan menyesal dikemudian hari.

14. Lelaki harapkan isteri menjadi pembantu peribadi. Bukan menjatuhkan keperibadiannya.

15. Bercakap lembut adalah senjata wanita untuk membeli hati suami.

16. Lelaki berusia 40 tahun ke atas mula waras dalam setiap tindakan.

17. Kejayaan,kesetiaan dan kebahgiaan lelaki bermula dari penghormatan sang isteri pada suaminya.

-Ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Ada sesuatu yg lebih bahaya dari dadah ataupun pisau yang tajam.

 

Apakah Sifat-sifat Wanita Yang Dibenci Allah. Julai 30, 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Diantara sifat wanita yang dibenci Allah adalah sebagai berikut :

 

 

 

1. ANAANAH

 

 

 

Wanita yang selalu mengeluh dan mengadu serta kepalanya berbalut setiap saat. Menikahi wanita yang membuat-buat atau pura-pura sakit ini tidaklah baik.

 

 

 

2. MANAANAH

 

 

 

Wanita yang sentiasa menyebut-nyebut pemberiannya kepada suaminya hingga dia berkata; “Aku telah melakukan untukmu begini, begitu, begini dan begini.”

 

 

 

3. HADAAQAH

 

 

 

Wanita yang selalu menginginkan apa yang dilihatnya sehingga ia membebani suaminya untuk membelinya. Setiap kali mengujungi temannya dan melihat sesuatu yang dimilikinya ia tertarik dan ingin membelinya.

 

 

 

4. HANAANAH

 

 

 

Wanita yang terlalu sayang dengan suami sebelumnya atau kepada anak-anak dari suami pertamanya atau selalu rindu kepada rumah keluarganya. Wanita begini lebih baik dijauhi.

 

 

 

5. BARAAQAH

 

 

 

Mengandung dua makna; wanita yang di waktu siang ia bersolek dan menghias wajahnya agar nampak cantik berkilau, atau wanita yang sering suka marah kerana makanan.

 

 

 

6. SYADAAQAH

 

 

 

Wanita yang banyak berbicara.

 

 

 

Dikisahkan dari Sa’ih Al-Azdi bahwasanya ada seorang yang memberinya nasihat demikian. “Janganlah menikahi wanita yang memiliki empat sifat berikut :Mukhtali’ah, Mubaariyah, ‘aahirah dan naasyiz.

 

 

 

7. MUKHTALI’AH

 

 

 

Wanita yang suka menuntut ‘khulu’ yaitu cerai dengan harta yang dibayarkan oleh pihak isteri atau mahar yang dikembalikan kepada suami tanpa sebab.

 

 

 

8. MUBARIYAH

 

 

 

Wanita yang sombong dan membanggakan faktor-faktor dunia.

 

 

 

9. ‘AAHIRAH

 

 

 

Wanita yang memiliki kekasih lain.

 

 

 

10. NAASYIZ

 

 

 

Wanita yang mendominasi suaminya, baik perkataan maupun perbuatannya.

 

 

 

Selain yang tersebut diatas, berikut ini masih ada tambahan kriteria wanita yang tidak baik untuk dinikahi.

 

 

 

11. MAL’UUNAH

 

 

 

Wanita yang dilaknat oleh Rasulullah saw dan kita disuruh melaknatnya kerana Tabarruj nya [berdandan ala jahiliyah] dan perbuatannya yang menyebarkan fitnah di antara manusia serta tidak taat kepada Allah dan suaminya.

 

 

 

12. FARIK

 

 

 

Wanita yang selalu marah pada suaminya

 

 

 

Duhai sahabatku sekalian. Perelokkanlah dirimu dan isteri-isteri kamu serta anak-anak zuriat kamu. Semoga Allah menjadi tempat kamu memohon pertolongan.

 

Coretan Buat Bakal Isteriku Februari 13, 2011

Filed under: Relationship — airmien @ 3:23 am
Tags:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

 


Untukmu, Bakal isteriku..

 

 

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

 

 

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

 

 

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yg hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kpdnya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

 

 

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar sheikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah di sisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

 

 

“Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”


 

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu.

 

 

“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” (Surah An-Nuur: 26)


 

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.


 

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma
akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

 


“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

 

 

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

 

 

Dariku, Bakal Suamimu.

 

Nukilan: Musafir Hidayah