Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Pasangan dan Rumahtangga Julai 1, 2021

Filed under: Relationship — airmien @ 9:09 am
Tags: , , , , ,

Pasangan dan Rumahtangga

Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Sememangnya hidup ini akan sentiasa diuji dan diduga. Tidak kira sama ada hidup bersendiri ataupun hidup berumahtangga.

Sewajarnya kehidupan berumahtangga dan segala ujian diharungi bersama pasangan bukan bersendirian. Ujian dan dugaan adalah rempah ratus dalam rumah tangga.

Dalam hidup berpasangan dan berkeluarga, setiap kita perlu merai perbezaan yang ada. Tiada insan yang “perfect”. Sewajarnya kekurangan yang ada perlu saling ditampungi. Carilah titik persamaan bukan mencari dan membesarkan titik perbezaan.

Buanglah sikap mementingkan diri sendiri atau sikap bodoh sombong serta sukar menerima pendapat apatah lagi diperbetulkan.

Di musim PKP, mengikut laporan akhbar kadar penceraian semakin meningkat khususnya dalam kalangan pasangan muda.

Kes perceraian di Malaysia merekodkan peningkatan yang luar biasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lepas lagi (2020). Menurut laporan Berita Harian 3hb Dis 2020, Johor contohnya mencatatkan 2,625 kes penceraian dalam tempoh Mac hingga Oktober 2020.

Masalah kewangan menjadi antara penyebab utama berlakunya perceraian kerana ramai suami hilang punca pendapatan kerana diberhentikan kerja akibat COVID-19.

Bagi pasangan yang sedang diuji dengan musibah, berbanyaklah bersabar. Berbincanglah dengan sebaiknya mencari jalan penyelesaian dan munajatlah kepada Allah banyak-banyak.

Elakkan perbalahan dengan pasangan yang mungkin menatijahkan penceraian. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW sepertimana hadis daripada Ibn Umar RA :

أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقِ

“Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.” (HR Abu Daud No 2178)

Walaupun penceraian itu jalan terakhir yang diharuskan, namun berusahalah agar ia tidak terjadi. Yakinlah kita bahawa ujian datang daripada Allah dan jalan penyelesaian juga datang daripadaNya. Kembalilah kepada Nya dengan memohon ampun dan berdoa kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Bagi para suami, ingatlah pesanan Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ، فَإِنَّ المَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

“Layanlah wanita dengan baik. Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Dan jika sesuatu dari tulang rusuk tersebut bengkok, dan engkau meluruskannya dengan paksaan maka engkau akan mematahkannya (atau menceraikannya, dalam riwayat yang lain). Kalau engkau membiarkan pula, maka akan terus bengkok. Maka layanlah wanita dengan baik.” (HR Bukhari No: 3331).

Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam rumahtangga, usahakanlah perkara di bawah:

  1. Menerima ujian dengan redha, berlapang dada dan sabar.
  2. Bersyukur kerana banyak lagi nikmat Allah bersama kita.
  3. Yakin setiap peristiwa ada hikmah buat kita.
  4. Dekatkanlah diri kepada Allah dengan memohon keampunan dan pertolongan kepadaNya.
  5. Bangunkan tekad untuk berusaha mewujudkan keharmonian dalam keluarga.
  6. Lihatlah di sekeliling kita, berapa banyak rumahtangga orang lain yang menghadapi masalah yang lebih berat daripada kita begitu juga berapa ramai orang yang berhadapan dengan ujian yang lebih berat dari kita.
  7. Belajarlah erti ikhlas dan sabar.
  8. Berusahalah menjadi pemaaf.
  9. Elakkan dari membesar-besarkan masalah. Fokuslah kepada jalan penyelesaian.
  10. Elakkan dari sifat marah kerana ia akan menyebabkan emosi negatif akan memuncak dan menghilangkan kesabaran.
  11. Kembalilah kepada matlamat pembinaan rumahtangga kita.
  12. Yakinlah bahawa setelah kesulitan itu ada kemanisan dan kebahagiaan.

 

Wanita Pengguni Neraka Mei 1, 2017

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , ,

Wanita yang tidak mensyukuri kebaikan suaminya adalah wanita calon penghuni neraka. Rasululullah shallallahu’alaihiwasallam bersabda,
“أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ، يَكْفُرْنَ. قِيلَ: “أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ؟” قَالَ: “يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ”.
 “Aku pernah diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita. Mereka kufur!. “Apakah maksudnya mereka kufur kepada Allah?” tanya seseorang. “Mereka kufur terhadap suami dan kebaikannya. Andaikan engkau telah berbuat baik padanya sepanjang masa, lalu suatu saat ia merasa sesuatu yang tidak enak, maka ia akan berkata, “Aku tak pernah merasakan kebaikan sedikitpun!” jawab beliau. HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma.