Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Kerabu Sotong Mac 23, 2023

Filed under: Relationship — airmien @ 3:15 pm
Tags: , , , ,

Bahan-bahan
5-6 ekor sotong
1/2 biji bawang besar hiris halus
1/2 biji tomato didadu halus
1 batang bunga kantan. Hiris halus.
1 batang serai hiris halus
1/2 batang Cili merah hiris halus
5 sudu besar sos ikan
Air perahan limau
1 batang kacang panjang dihiris halus
Sedikit daun ketumbar dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Potong sotong dan celur dalam air panas. Ketepikan. Kacau rata dengan bahan-bahan lain..
Tambahkan sikit air celur sotong tadi untuk berkuah.

Sumber : Laman Sosial

 

Sup Tulang Siam April 24, 2021

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , , ,

Pernah rasa sup tulang siam? Cuba ni untuk buka puasa.

Resepi sup tulang ala siam ringkas tapi sedap

1kilo tulang lembu
2bj Bawang merah#
4bj Bawang putih#
Halia ( sy suka letak banyak)#
2 bj Buah keras#
2bj bawang besar potong mayang
2 sup bunjut tulang
2 sb rempah sup
1sb serbuk lada hitam
2sb cuka makan
2bj tomato saiz besar#
2bj tomato saiz besar utk hiasan
Cili padi
Daun sup n bawang
Bawang goreng
Limau kasturi utk hiasan

Cara:-

Tumbuk bahan yg bertanda#.
Tumis dlm periuk bhn yg ditumbuk dan bhn yg lain kecuali tulang, cuka, daun sup/bwg n limau.
Campurkan sedikit air n tumis sehingga naik minyak n bau..

Masukkan tulang, cuka n bhn yg lain masak hingga empuk. Kalu pressure cooker kejp je dlm 45min dh empuk..

Tp kalu dapur biasa lebih kurang dlm 2-3 jam..

Dh empuk masukkan tomato n tutup api. Jgn lupa garam n bhn perasa Hiaskan bersama daun sup/bwg, bwg goreng n cili

Sedia dihidang bersama sambal kicap n nasi panas..

Kredit Resepi Masakan

 

Ramadhan Sebagai Suami Isteri Julai 26, 2013

Filed under: Relationship — airmien @ 7:18 pm
Tags:

Ramadhan pertama buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan perkahwinan amat bermakna kerana masing-masing saling kejut pasangan masing-masing untuk bersahur bersama.

Mungkin ada juga pasangan yang romantik, masak bersama-sama suami dan isteri di dapur. Kemudian akan bersahur bersama-sama hasil masakan yang telah dimasak sebelum ini.

Ianya sangat digalakkan kerana ianya dapat juga mengeratkan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Image