Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Mentelaah Berkaitan Puasa Mac 1, 2024

Filed under: Relationship — airmien @ 10:12 pm
Tags: , , , , ,

BERPUASA di sepanjang Ramadan, salah satu daripada lima rukun Islam, pastinya satu daripada ibadah penting dalam Islam. Tujuan berpuasa pada dasarnya ialah untuk mendisiplin keinginan dan nafsu yang terpendam pada manusia supaya mereka sentiasa berada pada landasan yang betul dalam segala tindak-tanduk mereka.

Kenapa Muslim Berpuasa?

Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)

Mungkin sudah terlalu banyak kajian-kajian saintifik yang boleh dibaca berkenaan kelebihan berpuasa. Di sini, kami cuma ingin memfokuskan 3 faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Bagi Muslim, terdapat pelbagai faedah berpuasa. Antaranya adalah:

  1. Ia membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.
  2. Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.
  3. Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.

Tujuan puasa yang berikutnya adalah untuk meleburkan segala dosa yang telah diperbuat. Manusia merupakan makhluk Allah SWT yang diciptakan paling sempurna dengan segala akal dan pikirannya. Namun sayangnya hal tersebut tidak membuat manusia terhindar atau menjauhi segala perbuatan dosa.Manusia justru seringkali berbuat kesalahan hingga dosa besar. Untuk itu, salah satu cara menghapuskannya adalah dengan berpuasa. Sebagaimana dalam sebuah hadis yang berbunyi “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim). 5. Introspeksi DiriTujuan puasa yang selanjutnya perlu diketahui adalah untuk menjadi sarana intropeksi diri. Puasa sebagai sarana introspeksi diri manusia terhadap kehidupan yang telah dijalani. Saat berpuasa, seorang muslim tengah menahan hawa nafsu, sehingga seorang muslim tentu akan lebih fokus dalam menjalankan ibadah.Saat fokus beribadah, maka jiwa dan raga pun akan senantiasa merasa lebih tenang. Ketenangan ini yang mampu mendatangkan suasana hati yang baik untuk kemudian melakukan introspeksi diri. Fungsi dari introspeksi diri ini untuk mengingat kembali perbuatan kita di masa lampau dan berusaha untuk menjadi pribadi yang lebih baik. 6. Melatih Untuk Menahan DiriTujuan puasa yang biasa diambil adalah untuk melatih menahan diri dari segala perbuatan maksiat. Jika tidak berpuasa, maka manusia dapat melakukan berbagai hal secara berlebihan. Seperti makan hingga terlalu kenyang atau melakukan kegiatan yang berpotensi dapat merugikan diri sendiir hingga orang lain. 7. Menghindari Perbuatan MaksiatTujuan puasa yang terakhir adalah untuk menghindarkan diri dari perbuatan maksiat. Selain makan dan minum, berpuasa juga senantiasa menjaga seorang muslim dari perbuatan maksiat yang sia-sia jika dilakukan. Salah satunya yakni melakukan kejahatan dan berbohong.Dengan berpuasa, maka umat muslim akan merasa dilindungi dan semakin dilihat perilakunya oleh Allah SWT. Hal ini membuat umat muslim yang sedang melakukan puasa akan lebih focus dan melakukan yang terbaik untuk bisa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

Kewajipan Seorang Isteri Terhadap Suaminya Ogos 4, 2023

Filed under: Relationship — airmien @ 8:08 am
Tags: , , , , , , , , , ,

Berkata Al Imam Adz
Dzahaby rahimahullah :

WAJIB ATAS PEREMPUAN :

  1. Senantiasa malu kepada suaminya
  2. Menundukkan pandangan di depan suami
  3. Mentaati perintahnya
  4. Diam ketika suaminya berbicara
  5. Berdiri ketika menyambut kedatangannya
  6. Menjauh dari semua perkara yang membuatnya marah
  7. Berdiri bersamanya ketika suaminya akan keluar rumah
  8. Menawarkan ( … ) dirinya ketika suaminya akan tidur
  9. Tidak mengkhianatinya – ditempat tidurnya, harta dan rumahnya – ketika ia tidak ada
  10. Memakai wewangian
  11. Senantiasa menjaga kebersihan mulutnya dengan siwak
  12. Senantiasa berhias ketika kehadirannya
  13. Meninggalkan ghibah
  14. Memuliakan keluarga serta kerabatnya
  15. Melihat sesuatu yang sedikit pada suami, sebagai sesuatu yg banyak

كتاب الكبائر (66/1 ) ]🔺

( Nasehat Islami)

 

Apabila Kita Berumur Februari 22, 2022

Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur…

  1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat
  2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah
  3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya
  4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba’diah jangan tinggal
  5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba’diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba’diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni
  6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur
  7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal
  8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, setiap hari kena baca Al-Quran
  9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali
  10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
  11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak
  12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga,

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Saya copy paste peringatan untuk diri sendiri dan semua sahabat maka copy paste pula utk rakan serta sanak saudara anda …..

 

Keredhaan dan Keberkatan Oleh ALLAH Mac 31, 2021

Filed under: Relationship — airmien @ 9:09 am
Tags: , , , , , ,

Bagaimana cara mengundang keberkatan dalam keluarga kita?

1. Didasari Oleh Iman dan Takwa (QS 7 – Al A’raaf : 96).

Ketua keluarga harus menjaga spiritual dalam keluarga. Miliki visi yang benar. Cari akhirat, jangan lupakan dunia. Akhirat tidak boleh dijadikan sambilan. Didik anak menjadi mandiri (boleh bangun subuh sendiri). Biasakan dialog-dialog dan berbual tentang iman. Dasari setiap keputusan dengan iman & takwa.

2. Tegakkan Solat (QS 19 – Maryam : 31).

Biasakan solat sunat di rumah. Ini akan datangkan keberkatan. Jangan solat di akhir waktu.

3. Harta Yang Bersih (QS 19 – Maryam : 31).

Keluarkan zakat. Hindari syubhat dan haram. Belajarlah dari keluarga Nabi Adam, yang dikeluarkan dari syurga dan terpaksa berpisah karena makanan yang haram. Jangan mengambil hak orang lain. Dalam harta kita, ada hak orang lain. Bersihkan. Harta yang halal hukum asalnya, akan menjadi haram jika masih ada hak orang lain di dalamnya.

4. Menjaga Diri Daripada Melakukan Dosa Besar (QS 19 – Maryam : 32).

Sama ada dosa terhadap makhluk (derhaka kepada orang tua), atau dosa terhadap Allah (sombong).

5. Interaksi Dengan Al-Qur’an (QS 44–Ad Dukhaan : 3 dan QS 6–Al An’aam : 92).

Jangan mendidik anak penghafal Qur’an yang derhaka kepada orangtua.

6. Biasakan Bangun Pagi dan Aktif Di Pagi Hari.

Malaikat mendoakan mereka yang beraktiviti di pagi hari.

7. Berhampiran Masjid (QS 3–Ali Imran : 96).

Cari tempat tinggal yang berhampiran dengan masjid. Kerana sebaik-baik tempat adalah masjid dan seburuk-buruk tempat adalah pasar. (HR Ath-Thabrani & Al-Hakim)

8. Budayakan Melakukan Amar Ma’ruf Nahi Munkar (QS 17-Al Israa’ : 1).

Mengapa masjid Al-Aqsha diberkati? Kerana di sekitarnya terdapat banyak orang soleh yang saling mengingatkan dalam kebaikan.

9. Hujan Tanda Keberkatan (QS 50-Qaf : 9).

Dalam hadis riwayat Muslim, Anas bin Malik bertanya kepada Rasulullah yang sengaja menyingkap bajunya hingga terkena hujan. Baginda berbuat sedemikian kerana hujan itu baru Allah ciptakan, terus turun dari langit.

10. Biasakan makan bersama, agar semakin akrab dan harmonis. Pastikan makan yang halal & thayyib. “Makanlah bersama-sama dan sebutlah nama Allah sebelumnya tentu makanan tersebut akan diberkahi” (HR Abu Dawud)