Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Adam Mencari Hawa Ogos 10, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , , , , , , ,

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Adam Mencari Hawa?

  1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung labuh semata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.
  2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.
  3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Gambar hiasan daripada sini.
 

Nafkah Keluarga Sebagai Sedekah Disember 17, 2017

Nafkah Keluarga Itu Sedekah


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ


Daripada Abu Mas’ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat (ikhlas) mengharap pahala maka baginya adalah sedekah”. (HR Bukhari No: 53) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap usaha dan pekerjaan seseorang untuk mencari rezeki yang baik dan halal adalah suatu tuntutan.


2.  Seseorang yang bekerja untuk menyediakan nafkah dan keperluan bagi keluarganya dengan ikhlas akan mendapat pahala seumpama sedekah.


3.  Muslim yang bekerja untuk menyara keperluan ahli keluarganya adalah sedekah


4.  Orang yang penat bekerja untuk mencari nafkah orang di bawah tanggungnya akan mendapat keampunan. 


مَنْ اَمْسَى كَالًّا مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ اَمْسَى مَغْفُوْرًا لَهُ


“Barangsiapa yang di waktu petangnya merasa penat lantaran pekerjaan kedua tangannya (mencari nafkah) maka akan diampuni dosa baginya.” (HR. Thabrani)