airmien

sesuatu tentang kehidupan

Keredhaan Allah Dalam Pekerjaan Ogos 31, 2018

Filed under: Relationship — airmien @ 10:33 pm
Tags: , , , , ,

Sebagai seorang muslim, kita telah digesa untuk melakukan kerja dan mencari kelebihan kurniaan Allah s.w.t dimuka bumi ini dengan bersungguh-sungguh bagi menampung segala keperluan hidup. Kita ditegah untuk mengharapkan datangnya rezeki tanpa usaha dan ikhtiar dan hanya semata-mata menyerahkan urusan rezeki atas kurniaan Allah s.w.t, sesungguhnya itu adalah bertentang dengan konsep Ahlul sunnah waljamaah, iaitu perlu ada usaha dan ikhtiar dalam mendapat sesuatu kurniaan Allah s.w.t.

Gesaan untuk bekerja ini juga telah dijelaskan dalam banyak ayat Allah s.w.t antaranya :

1. “Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.(Al-A’raaf ayat 10)

2. “Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)masa untuk mencari rezeki”. (Al-Anbiyaa’ ayat 11)

Perkara penting dalam memahami konsep pekerjaan ialah sesuatu kerja yang dilakukan itu termasuk dalam salah satu cabang ibadat yang jika dilakukan mengikut cara dan bertepatan dengan kehendak syariat, maka ia dinilai sebagai ibadat. Hasil pendapatannya juga akan menjadi halal dan akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Sebaliknya, jika berlaku perkara yang berlawanan, maka ia tergolong daripada kerja-kerja yang dilarang dan sudah pasti pendapatannya juga akan menjadi haram atau termasuk dalam kategori subahat (kesamaran/keraguan).

Matlamat sesuatu kerja yang Islam gariskan itu adalah jelas iaitu setiap kerja yang kita lakukan sebenarnya adalah beribadat kepada Allah s.w.t . Apabila kita menjadikan sedemikian, sudah pasti kerja yang kita lakukan akan cemerlang dan terpelihara daripada perbuatan yang tidak diredhai Allah s.w.t. Ini termasuklah perbuatan menyeleweng,menipu,menyalah guna kuasa,rasuah dan seumpamanya yang menjadi punca kepada kerja yang kita laksanakan tidak mendatangkan hasil yang cemerlang dan sudah pasti tiada keberkatan dalam kerja tersebut. Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh saidatina aisyah r.a :

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan cemerlang”.

Hakikat kerja yang kita lakukan adalah berkaitan dengan pendapatan atau gaji. Dari pendapatan inilah kita gunakan untuk menyara ahli keluarga dan menampung segala kuasa kehidupan yang lain. Islam amat menitikberatkan soal pendapatan. Ini kerana ia melibatkan soal makanan harian kita. Mahukah kita jika kehidupan kita sentiasa dilingkari dengan pendapatan yang haram atau subahat?. Pastinya kita tidak mahu. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita berkenaan hasil yang kita perolehi dengan sabdanya :

“Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.Riwayat At-Tarmizi

Peringatan ini sewajarnya menjadikan kita lebih berwaspada, semoga amaran ini menjadi pegangan kepada setiap orang Islam. Kita perlu menyedari betapa Islam amat menjaga soal pendapatan dan hasil kerja yang kita lakukan setiap hari.

Dewasa ini, ramai di kalangan kita memilih kerjaya dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, maka berbagai bentuk perniagaan yang dijalankan, termasuklah perniagaan melalui internet dan sebagainya.

Di antara perkara asas untuk menjadikan kerja yang kita lakukan dinilai sebagai ibadat dengan menjana pendapatan yang halal, berkat dan bertepatan dengan kehendak syarak, ianya dijelaskan seperti butiran berikut :

Pertama : Niat untuk melakukan kerja itu mestilah betul.

Bila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan, persoalan yang perlu ditimbulkan, apakah niat kita apabila menceburkan diri dalam perniagaan tersebut?. Adakah kerana cita-cita yang tinggi untuk menjadi kaya dan beriman kepada Allah atau sebaliknya?.Adakah kita berniaga semata-mata untuk menyayangi rakan kita yang telah mencapai kejayaan dan hidup mewah?. Adakah kita berniaga lantaran kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan walau pun tanpa ilmu perniagaan dan kemahiran dalam bidang tersebut?. Sebenarnya banyak persoalan niat ini yang boleh dipersoalkan. Maka sebagai orang yang ingin memulakan perniagaan,perlu bertanya apakah tujuan ia berniaga?. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya dengan bersabda :

“Sesungguhnya segala amal yang dilakukan berdasarkan kepada niat dan sesungguhnya sesuatu amalan itu akan diterima oleh Allah s.w.t berdasarkan kepada apa yang diniatkan”.

Kedua : Kerjaya yang diceburi mestilah diredhai oleh Allah s.w.t mengikut hukum syarak.

Perkara yang menjadi sumber pendapatan kita mestilah diredhai Allah s.w.t dan dibenarkan syarak. Sudah semestinya perkara yang melibatkan unsur perjudian, barang yang memabukkan,penyeludupan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum adalah tidak diredhai Allah dan haram di sisi syarak. Oleh yang demikian perkara tersebut perlu dielakkan dan dijauhi.

Ketiga : Pelaksanaan kerja tersebut mestilah betul.

Syarat ini adalah melibatkan cara kerja yang kita buat. Walaupun kerja atau perniagaan yang kita ceburi itu adalah yang halal dan sah, namun jika pelaksanaannya tidak betul, sudah pasti hasilnya tidak sah seperti adanya unsur-unsur penipuan dalam pengurusan,unsur riba’, perjudian dan seumpamanya. Semua perkara ini termasuk dalam erti kata pelaksanaan yang tidak betul dan tidak telus.

Perkara keempat : Tidak meninggalkan perkara asas yang diterima syariat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kerja yang berkat dan sempurna ialah kerja yang sentiasa patuh dengan peraturan dan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah mengabaikan ibadat asas seperti solat, jika solat diabaikan, maka dengan mudah seseorang itu memandang remeh tentang hak-hak pengeluaran zakat dan pembiayaan sedekah kepada yang sepatutnya, hilangnya maruah dan harga diri dalam soal menjaga aurat,berbagai bentuk pendustaan lagi dan seumpamanya sehingga menjadikan kerja tersebut tiada keberkatan. Seseorang yang melakukan kerja, tetapi meninggalkan solat tidaklah dianggap kerjanya diterima sebagai ibadat. Sebaliknya orang yang bekerja dan berniaga mengikut syariat dengan melakukan kelima-lima syarat tersebut dianggap telah bertakwa, beribadat dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w berpesan dengan sabdanya :

“Sebaik-baik pekerjaan itu ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat dengan sebaik-baiknya”. Riwayat Ahmad

Sifat jujur dan ikhlas perlu diutamakan dalam melaksanakan tugas sebagai pekerja. Kejujuran dan keikhlasan ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain keredaan Allah s.w.t. Perlu diingat bahawa setiap tindakan kita, pasti tidak lari daripada pengawasan Allah s.w.t.

“Dan katakanlah (wahai muhammad): “beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t dan rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah s.w.t) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.At-Taubat ayat 105

Advertisements
 

Apakah Sifat-sifat Wanita Yang Dibenci Allah. Julai 30, 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Diantara sifat wanita yang dibenci Allah adalah sebagai berikut :

 

 

 

1. ANAANAH

 

 

 

Wanita yang selalu mengeluh dan mengadu serta kepalanya berbalut setiap saat. Menikahi wanita yang membuat-buat atau pura-pura sakit ini tidaklah baik.

 

 

 

2. MANAANAH

 

 

 

Wanita yang sentiasa menyebut-nyebut pemberiannya kepada suaminya hingga dia berkata; “Aku telah melakukan untukmu begini, begitu, begini dan begini.”

 

 

 

3. HADAAQAH

 

 

 

Wanita yang selalu menginginkan apa yang dilihatnya sehingga ia membebani suaminya untuk membelinya. Setiap kali mengujungi temannya dan melihat sesuatu yang dimilikinya ia tertarik dan ingin membelinya.

 

 

 

4. HANAANAH

 

 

 

Wanita yang terlalu sayang dengan suami sebelumnya atau kepada anak-anak dari suami pertamanya atau selalu rindu kepada rumah keluarganya. Wanita begini lebih baik dijauhi.

 

 

 

5. BARAAQAH

 

 

 

Mengandung dua makna; wanita yang di waktu siang ia bersolek dan menghias wajahnya agar nampak cantik berkilau, atau wanita yang sering suka marah kerana makanan.

 

 

 

6. SYADAAQAH

 

 

 

Wanita yang banyak berbicara.

 

 

 

Dikisahkan dari Sa’ih Al-Azdi bahwasanya ada seorang yang memberinya nasihat demikian. “Janganlah menikahi wanita yang memiliki empat sifat berikut :Mukhtali’ah, Mubaariyah, ‘aahirah dan naasyiz.

 

 

 

7. MUKHTALI’AH

 

 

 

Wanita yang suka menuntut ‘khulu’ yaitu cerai dengan harta yang dibayarkan oleh pihak isteri atau mahar yang dikembalikan kepada suami tanpa sebab.

 

 

 

8. MUBARIYAH

 

 

 

Wanita yang sombong dan membanggakan faktor-faktor dunia.

 

 

 

9. ‘AAHIRAH

 

 

 

Wanita yang memiliki kekasih lain.

 

 

 

10. NAASYIZ

 

 

 

Wanita yang mendominasi suaminya, baik perkataan maupun perbuatannya.

 

 

 

Selain yang tersebut diatas, berikut ini masih ada tambahan kriteria wanita yang tidak baik untuk dinikahi.

 

 

 

11. MAL’UUNAH

 

 

 

Wanita yang dilaknat oleh Rasulullah saw dan kita disuruh melaknatnya kerana Tabarruj nya [berdandan ala jahiliyah] dan perbuatannya yang menyebarkan fitnah di antara manusia serta tidak taat kepada Allah dan suaminya.

 

 

 

12. FARIK

 

 

 

Wanita yang selalu marah pada suaminya

 

 

 

Duhai sahabatku sekalian. Perelokkanlah dirimu dan isteri-isteri kamu serta anak-anak zuriat kamu. Semoga Allah menjadi tempat kamu memohon pertolongan.

 

ABC Suami Isteri Jun 30, 2018

Filed under: Relationship — airmien @ 11:43 pm

ABC Suami Isteri oleh Airmien.

A : Air dah siap dihidangkan. Jom kita minum bersama.

B : Bawang jangan lupa beli. Nak buat cucur.

C : Cendol kalau ada, jangan lupa belikan. Lama tak minum.

E : Emak nak datang lusa. Jom kemas rumah.

F : Fashion ropol-ropol ni nampak menarik untuk hias rumah. Jom kita beli.

G : Gemuk dah sekarang. Marilah kita bersenam.

H : Hidung kemek langgar dinding masa nak buka pintu. Sakitnya.

I : Ikan dah siap letak kuning dan garam. Nanti boleh goreng.

J : Jagung ni elok kita buat Bubur Jagung. Sedap.

K : Kicap manis dah habis. Nanti kita ke pasaraya.

L : Lemak dah berketul-ketul kat perut. Kena exercise ni. Jom ke gym.

M : Matahari dah terik ke atas. Gunalah payung.

N : Nasi dah siap. Mari kita makan.

O : Oren dan ada. Kita buat jus ya.

P : Pisang dah ada. Kita buat Pisang Goreng.

Q : Quran dan Hadis jangan lupa kita amalkan ya.

R : Roti dah nak habis. Kita ke kedai kejap lagi.

S : Siput sedut banyak di kedai. Kita masak gulai.

T : Tempat ni macam menarik. Jom kita pergi honeymoon.

U : Ubat jangan lupa makan. Semoga cepat sembuh.

V : Vanilla Ice Cream sedap kalau makan ni.

W : Waktu hujan jangan main di luar rumah. Nanti demam.

X : X-ray jari yang kena alu lesung. Harap tak patah.

Y : Yaasin dan ayat suci lain jangan lupa amalkan setiap hari.

Z : Zoo kita boleh pergi melawat selepas seharian kerja. Kita pergi dengan anak-anak.

 

Silaturrahim Di Bulan Ramadhan Mei 25, 2018

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Lima Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Eratkan Hubungan Silaturrahim Ramadan Ini
Selain berbuka dan bersahur bersama, Lima aktiviti bersama-sama ini juga boleh anda lakukan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan sepanjang Ramadan nanti.
(Kekeluargaan sebelum puasa ada di dalam link ini. )
1. BERJEMAAH BERSAMA SAMA
solat-dengan-anak.jpg
Gambar daripada sini.
Kalau anda dapat berjemaah di setiap waktu solat adalah lebih baik tetapi kalau tak boleh pun, Cuba solat terawih bersama-sama di rumah ataupun ke masjid atau surau bersama. Ayah akan bertindak sebagai Imam dan yang lain akan jadi makmum.
2. POTLUCK RUMAH KE RUMAH
7e75.jpeg
Gambar daripada sini.
Anda juga boleh anjurkan potluck secara bergilir-gilir di rumah adik beradik atau ibubapa saudara, Seronok dapat berbuka beramai-ramai dan pada masa sama tidak susahkan tuan rumah untuk masak sekawah, Tak perlulah tunggu hari raya baru nak berkumpul bersama-sama. Selain itu, boleh juga bertukar-tukar juadah sesama jiran tetangga yang berdekatan.
3. TADARUS DAN KULIAH
Hukum-Tadarus-Al-Qur’an-Di-Bulan-Ramadhan.jpg
Gambar daripada sini.
Luangkan masa untuk bertadarus sesama ahli keluarga, Seorang satu muka surat sehari pun sudah memadai, Anda boleh bawa ahli keluarga ke surau atau masjid berhampiran untuk mendengar kuliah Ramadan bersama-sama.
4. RIADAH KELUARGA
image.jpg
Gambar daripada sini.
Siapa kata bulan Ramadan tidak boleh beriadah? Tak salah jika keluar ke taman bersama keluarga sambil menghirup angin petang sementara menanti waktu berbuka, Anda boleh juga menonton TV atau berkumpul melakukan aktiviti seperti memasak atau membuat biskut raya bersama-sama.
5 MOREH
colek.jpg
Gambar daripada sini.
Makan makanan kegemaran bersama-sama selepas solat terawih juga adalah salah satu cara mengeratkan hubungan kejiranan.
Sebenarnya hubungan kekeluargaan ini tidak semestinya berlaku pada bulan Ramadhan tetapi bagi mengeratkan hubungan lagi, ianya amatlah digalakkan sekiranya kerap dilakukan bersama keluarga.
Airmien Creative Arts Header
 

Kekasih Mula Merajuk? Lakukan Begini. Februari 20, 2018

Filed under: Relationship — airmien @ 10:55 pm

Anda sudah biasa dengan kekasih hati iaitu pasangan suami atau isteri yang merajuk? Berikut adalah contoh-conoh yang dapat dilakukan bersama.

 

1. Membuat Kejutan Di Restoren Kegemarannya.

download

Gambar daripada sini.

Siapa yang tidak suka makan? Makan sedikit sebanyak dapat mengubati teman hati yang merajuk. Pastikan anda yang buat ianya istimewa dan menarik. sesekali makan di luar dapat rehat daripada memasak di rumah.

 

2. Masak Masakan Kegemaran.

makana-indonesia.jpg

gambar daripada sini.

Pasti ada satu masakan kegemarannya yang ianya agak istimewa. Melalui masakan yang anda masak sendiri itu sedikit sebanyak dapt menceriakan pasangan anda yang merajuk.

 

3. Keluar Berjalan-jalan Di Lokasi Menarik.

 

160101120236_travel_640x360_getty.jpg

Gambar daripada sini.

Paling bagus jika pergi ke lokasi di mana anda berdua berjumpa. Sekurang-kurangnya daapt meredakan hatinya yang merajuk.

 

 

Airmien Creative Arts Header

 

Masa Berkualiti Bersama Keluarga. Januari 22, 2018

Filed under: Relationship — airmien @ 3:32 pm

Di dalam menjalani kehidupan berkeluarga, sering kali ahli keluarga terasa seakan-akan mereka diabaikan. Tiada masa berkualiti untuk mereka. Berikut adalah contoh-contoh yang dapat dilakukan oleh oleh ahli sesama keluarga bagi meningkatkan masa berkualiti bersama keluarga:

1.Menonton TV Bersama.

family-watching-tv2--750x488.png

Gambar daripada sini.

Menonton rancangan kegemaran bersama keluarga sedikit sebanyak dapat meningkatkan hubungan erat di antara keluarga.

 

2. Bersiar-siar Sekeliling Taman Perumahan.

2015-04-19_085742.jpg

Gambar daripada sini.

Selain dapat menyihatkan badan, kita juga dapat mengeratkan hubungan bersama jiran-jiran dalam satu kawasan perumahan.

 

3. Berkebun.

Tips-Berkebun-di-Halaman-Rumah-yang-Sempit-1.jpg

Gambar daripada sini.

Persekitaran rumah kelihatan menarik, aktiviti melibatkan aktiviti bersama keluarga ini sebenarnya dapat memupuk sikap bertanggungjawab sesama anggtoa keluarga.

 

4. Membaca Buku.

čitateljski.jpg

Gambar daripada sini.

Seperti yang lain-lain di atas, membaca buku bersama juga antara aktiviti yang patut ada di dalam keluarga. Sediakan ruang untuk sudut bacaan.

 

5. Solat Berjemaah.

image.jpg

Gambar daripada sini.

Bagi mereka yang beragama Islam, aktiviti solat berjemaah jangan sesekali tinggalkan jika perlu. Suami menjadi imam kepada ahli keluarga yang lain.

 

Jika ada aktiviti yang lain, boleh buat bersama asalkan ianya mendatangkan kebaikan kepada semua.

 

Wassalam..

Airmien Creative Arts Header.png

 

Nafkah Keluarga Sebagai Sedekah Disember 17, 2017

Nafkah Keluarga Itu Sedekah


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ


Daripada Abu Mas’ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat (ikhlas) mengharap pahala maka baginya adalah sedekah”. (HR Bukhari No: 53) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap usaha dan pekerjaan seseorang untuk mencari rezeki yang baik dan halal adalah suatu tuntutan.


2.  Seseorang yang bekerja untuk menyediakan nafkah dan keperluan bagi keluarganya dengan ikhlas akan mendapat pahala seumpama sedekah.


3.  Muslim yang bekerja untuk menyara keperluan ahli keluarganya adalah sedekah


4.  Orang yang penat bekerja untuk mencari nafkah orang di bawah tanggungnya akan mendapat keampunan. 


مَنْ اَمْسَى كَالًّا مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ اَمْسَى مَغْفُوْرًا لَهُ


“Barangsiapa yang di waktu petangnya merasa penat lantaran pekerjaan kedua tangannya (mencari nafkah) maka akan diampuni dosa baginya.” (HR. Thabrani)


 

 
%d bloggers like this: