Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Rasa Cinta Ogos 31, 2021

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , , , ,

Jika rasa itu datang, harap dapat gunakan hati dan akal dengan sebaiknya.

Hati jika tidak dapat sertakan dengan akal, akan binasa badan.

Airmien

 

Hawa Mencari Adam September 1, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 11:11 am
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Hawa Mencari Adam?

  1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerana maksiat lebih mudah jika malam sudah tiba. Khuatir, subuhnya leka dibuai mimpi nan indah.
  2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami hanya selayaknya untuk isteri.
  3. Jangan dilihat pada tampan semata, lihatlah pada mulutnya ketika berbicara. Andai mudah menghambur carutan dan kemarahan, fikirlah sebaiknya andai sekiranya masih tegar memilihnya, risau hanya kerana kesalahan kecil, isteri akan dimarah kasar.
Gambar Hiasan Daripada Sini.
 

Adam Mencari Hawa Ogos 10, 2020

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , , , , , , ,

Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Adam Mencari Hawa?

  1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung labuh semata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu. Lihatlah pada pergerakan tangannya. Andai mudah tangan lembutnya menyentuh pada lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.
  2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata. Lihatlah pada alis bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah (menabur buruk) buat suami.
  3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih liar melihat segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Gambar hiasan daripada sini.