airmien

sesuatu tentang kehidupan

Tanda-tanda Rumahtangga Kena Sihir dan Pemulihannya September 14, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 1:27 am
Tags:

 

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

 

 

1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.

 

2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

 

3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

 

4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.

 

5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

 

6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.

 

7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

 

8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.

 

9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

 

 

Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

 

 

Ikhtiar

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:

 

 

1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makhluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.

 

2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

 

3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.

 

4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

 

5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.

Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.

 

 

6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.

7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.

Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.

 

 

Doa Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri)

Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.
Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.
Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.
Ayat Doa 1
Image
Ayat Doa 2
Image
Ayat Doa 3
Image
 

41 Responses to “Tanda-tanda Rumahtangga Kena Sihir dan Pemulihannya”

  1. Mohd Iqbal Says:

    Good info

  2. amir khan Says:

    saya suami sudah berumahtangga selama 6tahun baru baru ini hubungan isteri dgn anak erempuan nya yg selama ini bergaduh bersatu kembali masaalah saya semenjak kehadirannya dan berkerja bersama saya sering bertengkar dgn isteri dan tanda-tanda tersebut wujud masaalah nya saya sudah diusir keluar oleh manantu dgn cara mengunakan polis menangkap saya kononnya mengugut isteri .saya meringkok dalam lokap selama 4 hari dan penjara 1 hari kesalahan yg tidak saya lakukan .selepas bebas saya pulang kerumah dan dapati anak isteri berada dirumah dan kunci telah ditukar . saya menghubungi isteri sms langsung tiada jawapan sudah 3minggu dan menantu cuba menunjukl samseng saya tidak menunggu kerana jiran memberi tahu isteri ada mendapatkan perintah mahkamah untuk saya tidak mendekatinya soalan saya apa kah tindakan yg patut saya lakukan

  3. hjh.Asma Says:

    Assalamualaikum, Izinkan saya kongsi doa ini, Terima kasih

  4. Hussien Says:

    Saya set mengalaminya skrg..masih teruskan inisiatif bertarung dan sihir. Sudah setahun.terimaksih Allah kerana mengukuhkan dan memberikan kesabaran.

    • insyirah Says:

      terima kasih atas perkongsian doa ini..
      saya pun sedang mengalami masalah ni..sedang berusaha ikhtiar, dan doa tak putus2..
      mudah2n Allah memakbulkan doa saya dan anak2 yang teraniaya ni… Amin

      • airmien Says:

        Sama-sama. Semoga berjaya dan terus berusaha tanpa putus-putus. Admin doakan yang terbaik buat semua. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin.

  5. MUHAMMAD Says:

    saya ingin mengenal pasti adakah saya terkena buatan sihir tenaga batin atau tidak..ianya bermula sebulan yang lalu,hubungan saya bersama isteri tiba-tiba menjadi lemah sebelum melakukan hubungan setelah isteri mengalami sakit pinggang yang amat sakit selama seminggu. selepas itu hubungan saya bersama isteri menadi jarang. Tenaga batin saya tiba-tiba menjadi lemah setiap kali saya ingin bersama isteri seperti tiada nafsu untuk melakukan hubungan tetapi sekiranya saya tidak memikirkan untuk melakukan hubungan bersama isteri tenaga batin saya kuat seperti biasa. alat sulit saya pun mengeras macam biasa apabila tidur. sehingga sekarang sudah empat kali saya mencuba untuk bersama namun gagal, saya menjadi binggung. dan satu lagi saya ingin bertanya adakah sihir yang terkena pada kita masih terkesan walaupun bulan Ramadhan? .apa yang patut saya lakukan?….harap mendapat penjelasan..

    • airmien Says:

      Admin harap saudara cuba dapatkan rawatan dari pusat rawatan islam yang bertauliah bagi mengatasi masalah ini. Mungkin mereka lebih arif terutama bab sihir ini.

  6. iela Says:

    Any suggestion perawat if dah terkena sihir tafriq nie

  7. susilawati Says:

    salam.saya dh berkawin sela hampir 5 tahun suami saya bolh di kta kn pendiam org nya selama sekian thn kami bersama saya merasa dia tdk adil antara sya dn kluarga nya sya tdk mempunyai kluarga jd bila dia asyik dgr ckp kluarga nya saya skt ati saya merasa sya ni tk di hargai sebai seorg istri dia dn suami sya jg tk pernh nk berunding dgn sya segla apa pun yg akn di buat nya jd sya mintak tlg mcm mna hendak menyelesai kn mslh sya ni sya dh merasa bosan dgn kelakuan suami sya ni dia terlalu tunduk ngan kluarga nya

    • airmien Says:

      Waalikumussalam. Suami harus berbakti kepada keluarga terutama ibunya. Itu adalah sunnah Rasulullah. Bersabarlah, nanti anak-anak lelaki puan akan berbakti kepada puan apabila mereka berkeluarga pada masa hadapan. InsyaAllah. Usah bersedih kerana lelaki berbakti kepada ibunya, nanti anak-anak akan berbakti kepada puan juga.

  8. azizi Says:

    Saya sedang mengalami masalah ini juga bulan ni da 2 kali minta cerai tanpa alasan yg kukuh.. tabahkan hati kami ya ALLAH.. kesian kat anak2

    • airmien Says:

      Admin doakan agar tuan sentiasa berdoa kepada Allah dan minta dijauhi dari tipu daya, dengki khianat jin syatian dan manusia. Doa itu senjata orang-orang mukmin.

  9. faizul Says:

    Saya sering mimpi syaitan waktu tido dan bila laku hubungan zakar tidak dapat mengeluarkan sperma

    • airmien Says:

      Cuba saudara dapatkan rawatan di pusat rawatan islam yang bertauliah. doa dan minta dijauhi dari perkara yang tidak diingini.

  10. Anisyah Says:

    Ass.mkum terima kasih kerana bg tahu thu tentang tu semua.apa yang di kata kan semua tu ada pada diri anis.apa yang harus anis buat?

    • airmien Says:

      Waalaikumussalam. Admin nasihatkan agar mendapat rawatan perubatan islam yang bertauliah dan jika perlu, biarlah pergi berteman. Elakkan dari pergi ke tempat yang tidak diketahui akan keberkesanannya.

  11. nana dianza Says:

    syukran info g amat berguna…

  12. nana dianza Says:

    nak tanye jugak cmane yer klau tanda2 tersebut semua ada pada sy sbg isteri…kdg2 kesian jugak dkt ank2 dan suami….pnh seseorang pesan baca ttg stress management…p camtuh jugak…g pling terok tiap kli sy nak solat sy selalu berasa sesak nafas dan xleh bdiri dgn sempurna…setiap kli mdgr bacaan surah2 ayat alquran tiap tuh jugaklaa sy bdebar2 dan sendawa(angin) dan rasa nk muntah…dah berlarutan selama 4tahun….

  13. wan Says:

    Artikel yang banyak memberi panduan dalam kehidupan berumah tangga..sihir tak kira siapa orang soleh atau tidak…tq info

    http://www.rahsiaummi.com/boleh-ke-full-breastfeed/

  14. Rahmat Says:

    bagaimana cara memperkuat keberanian agar bayangan bayangan yang biasa hadir menjadi sirna?

  15. SHAH-0126424241 Says:

    Bagaimana masalah keluarga saya ni..?.Masalah Abang saya sakit mental,malam tk tidur,suka main@buka air paip&sentiasa buka semua lampu waktu malam.Adik perempuan saya pula,kekadangkala tk ingat,keluar sendirian@marah MAK saya sesuka hati.Ada masanya adik saya sedar/normal.Sudah banyak tempat dah berubat.Siapakah yang sudi bantu masalah keluarga saya ni…ALLAHUAKBHAR…

  16. makasih atas pengetahuanya.Tapi tadi bikin aku serem takut kena kutukan gitu atau sihir.Dah lah jangan membahas ini lagi jadi lebih takut niiiiiiiih semoga semoga aku enggak kena kutukan seremmmmmmm

  17. hanajun Says:

    assalam. rumahtangga kami seperti retak menunggu belah. semua tanda2 sihir di atas ada pada saya. dgn izin allah sy dpt tahu suami telah bernikah lagi tanpa pengetahuan sy setelah bertahun mereka buat maksiat & berzina. dgn izin allah jg, sy dpt tahu perempuan gile trsebut telah mengguna bomoh untuk dapatkan suami sy…..selama 14 thun ini, kami suami isteri menderita, sering brtengkar, sy alami sakit2 badan, sy x dpt tidor malam- ada benda yg mengganggu & sering alami mimpi buruk, sering trdapat kesan lebam pd peha & lengan, sy nampak kelibat dlm rumh waktu siang & malam, sy trjumpa paku, rambut & kaca dlm masakan, dan sebagainya…saya dh jumpa ramai ustaz untuk berubat, tp tidak berhasil. ada sesiapa boleh bantu saya?

  18. mat Says:

    Masalah sakit pinggang isteri seminggu atau sebulan, haid tidak tepat…..selepas itu hibungan kelamin jarang atau tiada langsung berlaku kerana isteri tidak mahu. Lebih teruk bila isteri tiba tiba berkata tidak mencintai atau tidak serasi dgn suami. Tiba tiba berlaku rumahtangga layu. Itulah kejadian keretakan rumahtangga selalu berlaku. Apa sebab ? Suami jadi stress binggung punca sebegini alasan isteri minta cerai tidak kukuh….pelik tapi benar…

  19. Ismadi Says:

    Assalamualaikum, Izinkan saya amalkan dan kongsi doa ini bersama mereka yang lain, Terima kasih

  20. ramlitalib Says:

    Izinkan saya mengamalkan doa yg diajarkan

  21. eije Says:

    izinkn sy kongsi doa ini..

  22. siti Says:

    assalammualaikum…saya minta izin copy paste artikal2 dari blog ini yer..tq

  23. Zad Says:

    Sedihnya saya mendengar semua rintihan kalian

  24. Zad Says:

    BERSABARLAH..SAYA DAN ISTERI PUN ADA ALAMI GANGGUAN SYAITAN..ALLAH SAJA YANG TAW APA YG SAYA DAN ISTERI LALUI

  25. amirul Says:

    salam… saya pun seperti kalian yg bermasalah dgn rumah tangga.. sy pun terkena sihir pemisah.. isteri sekali ok, sekali tak.. 2minggu kembali normal, 2minggu tak normal, marah2 sbb tak tahu tentu pasal.. memaki sepenuh mulut.. campur tangan dgn mertua menyebabkan kesukaran..

  26. wandha chin Says:

    Saya pun kena sihir pemisah tak tau dimana mau berobat,dulu suami yg sakit sekarang saya pula, udah lama kena duit pun berhabis utk berobat,orang yg dah alami saja tahu susahnya….

  27. As salam..sya sering bergaduh dgn suami…akui,,dri segi agama.,kurang.suami thu mncri slh sya..sya nie suri rumah,,anak sorang,,kadang2,,sya tmbul persaan bnci pda dia,,jdi skit hati…mcm suami,kdg2,,tiada ribut.,ngmuk tk tntu pasal..sya sedih..selau suami ungkit mcm2…walhal..sya smpn segala rhsia,,kburukan dia!!tpi ada masa kmi ok…cuma ada suatu ketika..sya tk boleh tgok dia..sya jdi mrah..bnci…semua ada..mcmna ya?adakah kmi pun terkena perbuatan syaitan/jin..sihir

  28. Saya adalah seorang pengamal perubatan islam menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan gangguan jin seperti saka, sihir, sakit mental dll. Pernah merawat penuntut Malaysia diluar negara yang kena sihir pendarahan selama 2 tahun. Jika saudara /saudari masih lagi bermasalah boleh lah berhubung dengan saya melalui emel
    md.ariffin_darus@yahoo.com.my atau watsapp 012-3779564

  29. Irul Says:

    Bismillah,,, assalamualaikum,,,, sya ingin bertanya, dan hal ini mengenai kakak saya yang sedang sakit dan bisa dibilang janggal karena terlihat seperti orang tidak waras, tapi terkadang terlihat seperti orang yang kesurupan. Dan aneh nya lagi, terkadang sang kakak kami ini bisa seketika kembali ke kondisi warasnya, tetapi setelah itu, dia kembali merasa gelisah dan tidak tenang hingga kembali kepada kondisi tidak warasnya. Dan sekarang, si suami dari kakak kami ini sudah tidak acuh lagi dengan kakak kami yg kondisinya sakit seprti yh sudah dijelaskan. Bahkan, telah mentalaknya. Mohon, penjelasannya, apakah ini juga sama seperti kasus sihir perceraian. Dan bagaimana kami keluarga sang kakak menempuh usaha untuk kesembuhan sang kakak. Terimakasih

  30. […] pemisah (sebagaimana yang telah ada di dalam post ini ) adalah di antara sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan di antara pasangan suami dan […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s