Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Apabila Kita Berumur Februari 22, 2022

Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur…

  1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat
  2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah
  3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya
  4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba’diah jangan tinggal
  5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba’diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba’diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni
  6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur
  7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal
  8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, setiap hari kena baca Al-Quran
  9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali
  10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
  11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak
  12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga,

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Saya copy paste peringatan untuk diri sendiri dan semua sahabat maka copy paste pula utk rakan serta sanak saudara anda …..

 

Yang Dinamakan Cinta Mac 5, 2010

Filed under: Relationship — airmien @ 11:05 pm
Tags:

Cinta bukan mengajar kita berdendam sekiranya ia putus  di tengah jalan

Cinta bukan mengajar kita bersengketa sekiranya berselisih faham

Cinta bukan mengajar kita bersedih sekiranya ia sudah tiada buat seketika

Cinta bukan mengajar kita bermuram sekiranya ia tidak sampai ke penghujung

Cinta bukan mengajar kita bersandiwara sekiranya ia ada sangsi

TAPI

Cinta mengajar kita bergembira sekiranya ada yang menyayangi

Cinta mengajar kita ceria sekiranya ada yang mengambil peduli

Cinta mengajar kita perihatin sekiranya ada yang menyentuh jiwa

Cinta mengajar kita menghargai sekiranya ada yang jujur

Cinta mengajar kita bersemangat sekiranya ada yang mengerti

Cinta mengajar kita bersenang hati sekiranya ada yang menyintai

Cinta mengajar kita berlapang dada sekiranya ada yang mengasihi