Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Surah Pembatal Sihir Oktober 1, 2021

Ikhtiar bagi membatalkan sihir, beramal menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Sebagai makhluk ALLAH yang diciptakan lebih tinggi darjat daripada Jin, hendaklah kita semua bergantung harap kepada ALLAH yang menciptakan sesuatu adalah tidak sia-sia.

Sekiranya kita merasakan selain ALLAH boleh mendatangkan bala dan musibah, maka hendaklah kita kembali bertaubat dan kembali kepada-Nya. InsyaAllah, pertolongan Allah sudah pasti.

Surah Yunus, ayat 81 dan 82.

Maksud ayat 81:

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Maksud ayat 82:

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”.
Cara amalan:

Baca ayat 81 & 82 surah Yunus setiap kali lepas solat fardhu, baca sebanyak yang kamu mampu.

Insya Allah, jika kamu terkena sihir, Allah akan musnahkan dan hapuskan dari kamu. Jika ada rezeki, mungkin kamu akan tahu sihir itu perbuatan siapa..

Yang penting kita berusaha, yang merancang dan melaksanakan adalah Allah jua.

Jom sama-sama amalkan. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

 

Penyakit Ain November 20, 2020

Hadis Berkaitan Penyakit Ain

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ

Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah. Riwayat Muslim (5831)

Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)

Ciri-ciri Seseorang Itu Boleh Melemparkan Penyakit Ain.

Ciri-ciri seseorang yang boleh melemparkan penyakit Ain, adalah seperti berikut:

  1. Seseorang yang jarang mendoakan keberkatan orang lain apabila dia melihat sesuatu yang mengkagumkan dia.
  2. Seseorang yang banyak mengeluh dan tidak menerima qada qadar Allah.
  3. Seseorang yang amat sedikit berzikir kepada Allah dan banyak membicarakan hal keduniaan sahaja.
  4. Seseorang yang sangat takjub dan kagum dengan harta milik seseorang dan dia banyak membicarakan harta dan pemilik harta tersebut.
  5. Anda menemui seseorang yang mukanya selalu berkerut dahi, bermuka masam, murung, pucat atau gelap pekat. Selalu sedih, sering curiga dan suka mencampuri urusan orang lain.

Tanda-tanda atau Ciri-ciri Seseorang Itu Telah Terkena Penyakit Ain?

Antara tanda adalah seperti berikut:

  1. Sedih dan dada terasa sesak
  2. Emosional dan ketakutan
  3. Sering mimpi yang menakutkan
  4. Tiba-tiba tidak mahu bergaul dengan orang lain
  5. Sukar untuk fokus terhadap sesuatu
  6. Suka menyendiri
  7. Merasa benci untuk keluar rumah
  8. Susah tidur waktu malam
  9. Tubuh jadi kurus kerana tiada selera nak makan
  10. Tiba-tiba jadi bodoh walaupun sebelumnya pintar
  11. Terlalu sensitif
  12. Terasa ingin mati dan putus asa
  13. Dada terasa sesak sehingga ingin menangis
  14. Mimpi kubur, jenazah atau masuk ke dalam kubur
  15. Pengsan mendadak
  16. Detik jantung kencang hingga takut mati
  17. Bermurung atau lebih suka diam walaupun sebelumnya ramah dan memandang negatif kehidupan hingga berharap mati
  18. Rasa takut terhadap tempat atau orang tertentu seperti pejabat atau sekolah atau rumah yang mana sebelumnya dia sangat suka dengan tempat tersebut
  19. Selalu mengantuk dan malas nak melakukan sebarang aktiviti
  20. Sering menguap ketika beribadah atau ketika diruqyah.

Tanda-tanda Terkena Penyakit Ain Pada Anak.

Ciri-ciri adalah seperti berikut:

  1. Suhu badan panas yang tinggi
  2. Mulanya rajin tiba-tiba jadi malas
  3. Mulanya murid yang pintar tapi tiba-tiba malas
  4. Tidak boleh fokus
  5. Denyut jantung yang tak teratur dan terkadang sangat kencang
  6. Degil dan tidak suka ikut cakap ibu bapa

Tanda-tanda Terkena Penyakit Ain Pada Bayi

Ianya adalah seperti berikut:

  1. Badan panas bukan kerana sakit medikal
  2. Selalu menangis dan tidak mahu menyusu dengan ibunya sendiri
  3. Kurus kering seperti kurang makan tetapi selalu makan
  4. Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas
  5. Denyut jantung yang tak teratur dan terkadang sangat kencang

Berlindung Daripada Terkena Penyakit Ain

Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.

Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.

Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737),
Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060

Rawatan Terkena Penyakit ‘Ain

Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:

Dibacakan ruqyah atau doa.
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”

Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)

Dimandikan dengan air.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”

Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)

Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:

هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ

“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)

Gambar daripada sini.
 

Tanda Terkena Sihir dan Cara Mengatasinya. Februari 28, 2019

Filed under: Relationship — airmien @ 7:36 pm
Tags: , , , , ,

Apakah Itu Sihir.

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.

Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah,

“Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri.”

Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir’aun.

Jenis-jenis Sihir:-

-Sihir Rumahtangga/Perceraian

-Sihir Pengasih/Guna-guna

-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata

-Sihir Gila

-Sihir Santau

-Sihir Kelesuan Badan

-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir

– Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
– Badan terasa berat dan malas.
– Sukar mendapat jodoh.
– Badan terasa bisa-bisa.
– Sakit ketika ziarah orang meninggal.
– Sukar tidur malam.
– Sakit pinggang tanpa sebab.
– Sakit dada bila waktu asar keatas.
– Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
– Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
– Bermimpi di tempat tinggi.
– Bermimpi di tempat yang kotor.
– Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
– Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
– Bayi kerap menangis.
– Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
– Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
– Malas beribadat.
– Nyanyuk ketika usia lanjut.
– Panas baran.
– Sikap berubah secara mendadak.
– Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
– Suka melakukan tabiat buruk.
– Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
– Kerap keguguran.
– Gagal melakukan hubungan kelamin.
– Mengantuk bila dengar al-quran.
– Bermimpi seram yang menakutkan.
– Darah haid turun lebih 15 hari.
– Batuk yang berpanjangan.
– Selalu ditindih ketika tidur.
– Kuat berangan.
– Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
– Nafsu seksual yang melampau.
– Selalu melihat kelibat dirumah.
– Terasa diri selalu diperhatikan.
– Mandul.
– Kerap mendengar sesuatu bisikan.
– Melihat jin secara terus.
– Sakit mental atau gila.

Cara Mengatasi Gejala Terkena Sihir.

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad SAW pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca ayat-ayat sebagaimana berikut;

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Semoga bermanfaat kepada semua.

 

Tanda-tanda Rumahtangga Kena Sihir dan Pemulihannya September 14, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 1:27 am
Tags:

 

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

 

 

1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.

 

2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

 

3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

 

4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.

 

5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

 

6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.

 

7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

 

8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.

 

9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

 

 

Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

 

 

Ikhtiar

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:

 

 

1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makhluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.

 

2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

 

3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.

 

4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

 

5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.

Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.

 

 

6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.

7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.

Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.

 

 

Doa Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri)

Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.
Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.
Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.
Ayat Doa 1
Image
Ayat Doa 2
Image
Ayat Doa 3
Image