Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Pasangan dan Rumahtangga Julai 1, 2021

Filed under: Relationship — airmien @ 9:09 am
Tags: , , , , ,

Pasangan dan Rumahtangga

Lumrah hidup berumahtangga menghadapi ujian dan dugaan. Sememangnya hidup ini akan sentiasa diuji dan diduga. Tidak kira sama ada hidup bersendiri ataupun hidup berumahtangga.

Sewajarnya kehidupan berumahtangga dan segala ujian diharungi bersama pasangan bukan bersendirian. Ujian dan dugaan adalah rempah ratus dalam rumah tangga.

Dalam hidup berpasangan dan berkeluarga, setiap kita perlu merai perbezaan yang ada. Tiada insan yang “perfect”. Sewajarnya kekurangan yang ada perlu saling ditampungi. Carilah titik persamaan bukan mencari dan membesarkan titik perbezaan.

Buanglah sikap mementingkan diri sendiri atau sikap bodoh sombong serta sukar menerima pendapat apatah lagi diperbetulkan.

Di musim PKP, mengikut laporan akhbar kadar penceraian semakin meningkat khususnya dalam kalangan pasangan muda.

Kes perceraian di Malaysia merekodkan peningkatan yang luar biasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lepas lagi (2020). Menurut laporan Berita Harian 3hb Dis 2020, Johor contohnya mencatatkan 2,625 kes penceraian dalam tempoh Mac hingga Oktober 2020.

Masalah kewangan menjadi antara penyebab utama berlakunya perceraian kerana ramai suami hilang punca pendapatan kerana diberhentikan kerja akibat COVID-19.

Bagi pasangan yang sedang diuji dengan musibah, berbanyaklah bersabar. Berbincanglah dengan sebaiknya mencari jalan penyelesaian dan munajatlah kepada Allah banyak-banyak.

Elakkan perbalahan dengan pasangan yang mungkin menatijahkan penceraian. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW sepertimana hadis daripada Ibn Umar RA :

أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقِ

“Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.” (HR Abu Daud No 2178)

Walaupun penceraian itu jalan terakhir yang diharuskan, namun berusahalah agar ia tidak terjadi. Yakinlah kita bahawa ujian datang daripada Allah dan jalan penyelesaian juga datang daripadaNya. Kembalilah kepada Nya dengan memohon ampun dan berdoa kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Bagi para suami, ingatlah pesanan Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ، فَإِنَّ المَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

“Layanlah wanita dengan baik. Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Dan jika sesuatu dari tulang rusuk tersebut bengkok, dan engkau meluruskannya dengan paksaan maka engkau akan mematahkannya (atau menceraikannya, dalam riwayat yang lain). Kalau engkau membiarkan pula, maka akan terus bengkok. Maka layanlah wanita dengan baik.” (HR Bukhari No: 3331).

Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam rumahtangga, usahakanlah perkara di bawah:

  1. Menerima ujian dengan redha, berlapang dada dan sabar.
  2. Bersyukur kerana banyak lagi nikmat Allah bersama kita.
  3. Yakin setiap peristiwa ada hikmah buat kita.
  4. Dekatkanlah diri kepada Allah dengan memohon keampunan dan pertolongan kepadaNya.
  5. Bangunkan tekad untuk berusaha mewujudkan keharmonian dalam keluarga.
  6. Lihatlah di sekeliling kita, berapa banyak rumahtangga orang lain yang menghadapi masalah yang lebih berat daripada kita begitu juga berapa ramai orang yang berhadapan dengan ujian yang lebih berat dari kita.
  7. Belajarlah erti ikhlas dan sabar.
  8. Berusahalah menjadi pemaaf.
  9. Elakkan dari membesar-besarkan masalah. Fokuslah kepada jalan penyelesaian.
  10. Elakkan dari sifat marah kerana ia akan menyebabkan emosi negatif akan memuncak dan menghilangkan kesabaran.
  11. Kembalilah kepada matlamat pembinaan rumahtangga kita.
  12. Yakinlah bahawa setelah kesulitan itu ada kemanisan dan kebahagiaan.

 

Perhatian Kepada Lelaki Berkahwin Februari 17, 2021

Filed under: Relationship — airmien @ 10:10 am
Tags: , , , , , , ,

Ayah-ayah semua, tolong cek dan baiki semula jika berlaku perkara ini.

Sewaktu anda pulang ke rumah, jika anak anda tidak berlari ke arah anda, atau tidak gembira untuk peluk anda, maka perhati semula akhlak dan pergaulan anda terhadap mereka, kerana itu menandakan pergaulan dan didikan yang anda berikan ada masalah.

Kepulangan anda sepatutnya sangat menggembirakan mereka apabila anda buka pintu, bukannya mereka gembira apabila anda akan keluar!

• Kredit : Dr Ratib Al-Nabulsi via Kun Anta

 

Nafkah Keluarga Sebagai Sedekah Disember 17, 2017

Nafkah Keluarga Itu Sedekah


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ


Daripada Abu Mas’ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat (ikhlas) mengharap pahala maka baginya adalah sedekah”. (HR Bukhari No: 53) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Setiap usaha dan pekerjaan seseorang untuk mencari rezeki yang baik dan halal adalah suatu tuntutan.


2.  Seseorang yang bekerja untuk menyediakan nafkah dan keperluan bagi keluarganya dengan ikhlas akan mendapat pahala seumpama sedekah.


3.  Muslim yang bekerja untuk menyara keperluan ahli keluarganya adalah sedekah


4.  Orang yang penat bekerja untuk mencari nafkah orang di bawah tanggungnya akan mendapat keampunan. 


مَنْ اَمْسَى كَالًّا مِنْ عَمَلِ يَدَيْهِ اَمْسَى مَغْفُوْرًا لَهُ


“Barangsiapa yang di waktu petangnya merasa penat lantaran pekerjaan kedua tangannya (mencari nafkah) maka akan diampuni dosa baginya.” (HR. Thabrani)


 

Cara Menangani Pasangan Yang Panas Baran Oktober 3, 2016

Filed under: Relationship — airmien @ 8:56 pm
Tags: , , , , , ,

Berhadapan dengan pasangan hidup terutama yang sah di sisi agama yang mana dia juga jenis panas baran amatlah menyakitkan. Setiap tindak-tanduk tidak kena, apa yang dilakukan nampak salah di mata dia. Namun begitu, janganlah pula bersedih dan murum. Berikut adalah saranan dan cara yang dapat dilakukan oleh pasangan kepada pasangan jenis begitu sebagaimana yang disarankan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu.
2. Solat taubat dan istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul dan semua orang sayang. Lakukan juga istikharah utk mohon panduan tangani ke baran ni dan tutup dengan solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sebagai pembalut kepada segala amalan kita seharian agar dpt di serahkan kepada Allah dengan sempurna.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul dan semua org maafkan kita serta Allah akan pulihkan pasangan daripada masalah baran.
4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 dan ayat Kursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa-doa tersebut, maka org bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terhakis sifat mazmumah, dan senagainya.
5. Pagar diri dengan Surah Al-Fatehah dan surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin serta sihir.
6. Lembutkan hati pasangan dengann Surah Al-Fatihah, Surah Al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat Kursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang dah dipakai sebelum dicuci. Bagi tujuan lembutkan hati sendiri, sedut dan telan air liur selepas membaca ayat-ayat di atas.
7. Layan pasangan lebih baik daripada biasa agar Allah ubah hatinya dan buat dia rasa bersalah melayan kamu secara kasar dan kurang sopan.
8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM yang duduk atas pintu daripada masuk kepala dan ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi baran, mudah melakukan maksiat, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, dan sebagainya.
9. Setiap kali nak bercakap dgn org yg baran, bacalah 3 nama Allah: Ya ‘Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir dan hembus ke arah orang tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dapat mendengar cakap atau hujah kamu.
10. Puji dulu sblm menegur agar tak tercalar egonya.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw:

1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.

2. Ya Allah, aku redha dengan segala ujian dari Mu ya Allah

3. Ya Allah, aku ada masalah dgn pasangan yg baran, tak jaga solat, enggan terima nasihat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami Ya Allah. Jadikan dia insan yang soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh diajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran, ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Rawat gangguan metafizik atau sihir yang ada pada pasangan (jika ada) dengan membaca DOA MANZIL DAN YAASIIN SEKERAP YANG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL daripada kedai-kedai buku Islam.
13. Tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, bersenam, tukar warna kegemaran kepada warna yang pasangan suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan dan kemampuan diri.
14. Tukar hiasan rumah; recycle langsir, susun semula kerusi meja, apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza, insya Allah pasangan akan mudah berubah ke arah yang lebih baik.