Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Sup Tulang Ala Thailand Mac 25, 2023

Filed under: Relationship — airmien @ 8:08 am
Tags: , , , , , , , , ,

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

1kg tulang
sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia ( mayang)
(semua bhn blh boh lbh ikut suka ya .. agak2 je)

4 bawang putih ( mayang)
4 bawang merah ( mayang)
1 labu bawang besar ( potong weges)
2 btg serai ( ketuk)
1/2 inci lengkuas ( mayang )
15 bj lada hitam (d tumbuk) 15 bj lada putih (d tumbuk)
daun sup daun bawang..
cili padi (d ketuk)
garam aji @ scukup rasa
air limau nipis secukupnya..
nak boh carot tomato kentang btg salary… ikut slera…

Credit : Tgkhuzanika

 

Lelaki Dengan Kerjaya Januari 21, 2023

LELAKI DENGAN KERJAYA

Jika seorang lelaki tidak bekerja maka marahlah

Jika seorang lelaki tidak mendapatkan pekerjaan maka bantulah

Jika seorang lelaki memang tidak mahu bekerja maka tinggalkanlah

Tapi..

Jika seorang lelaki mendapatkan pekerjaan maka sokonglah

Jika seorang lelaki keletihan dengan pekerjaannya maka santunilah

Jika seorang lelaki berjaya dalam pekerjaannya maka nikmatilah

Jika seorang lelaki sedang tekun bekerja maka hargailah

Jika seorang lelaki sedang bersusah payah dalam pekerjaannya maka doakanlah

Jika seorang lelaki gagal dalam perkerjaannya maka permudahkanlah

Jika seorang lelaki sudah tidak mampu lagi bekerja maka rawatilah

Jika ada seorang lelaki yang hempas pulas bekerja keras dan dia adalah suamimu, maka syukurilah

Flower
 

Apabila Kita Berumur Februari 22, 2022

Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur…

  1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat
  2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah
  3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya
  4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba’diah jangan tinggal
  5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba’diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba’diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni
  6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur
  7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal
  8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, setiap hari kena baca Al-Quran
  9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali
  10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
  11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak
  12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga,

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Saya copy paste peringatan untuk diri sendiri dan semua sahabat maka copy paste pula utk rakan serta sanak saudara anda …..

 

Amalan dan Takwa Jadi Pegangan. Februari 14, 2022

Nabi saw bersabda, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita, pipi kita akan kena tanah. Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu, diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahan-lahan.. Bila sudah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas.. Bila melompat naik ke atas, tutup..! Dipijak²nya kubur.

Nabi saw bersabda, bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang, kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka pulang. Derapan kaki-kaki mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah, roh kita akan duduk. Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada masa itulah, kita akan memanggil orang-orang yang menghantar kita ke kubur. Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

“Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…”

Suami memanggil si isteri, “Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”

Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita, dia akan balik. Dia tidak akan tengok. Dia tetap balik.

Selepas itu, kita akan melihat anak-anak kita balik. Kita panggil anak-anak, tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi, datanglah dua malaikat yang hitam keduanya, yang biru kedua-duanya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi.vSiap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi. Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

“Hai manusia!”

Malaikat tak kata,
“Hai ustaz, hai ustazah”.
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil “Hai manusia!”

“Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?”
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
“Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kalau itulah jawapan kita, selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi, “Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?”.

Kalau lulus pertanyaan ini, maka lepaslah pertanyaan² lain. Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata, “Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik”.

Maka, kata malaikat kepada kita,
“Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin”.

Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.

Jagalah solat kita.

Allahuakbar!

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”
(HR. Al-Bukhari)

Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.

Aamiin Ya Robbal’aalamiin.

Semoga bermanfa’at.

“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang pula sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.

Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada penulis asal..