Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Ciri-ciri Seorang Lelaki Yang Baik Januari 2, 2012

Filed under: Relationship — airmien @ 1:09 am
Tags:

(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.

 

 

(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda.Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.

 

 

(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.

 

 

(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.

 

 

(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.

 

 

(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.

 

 

(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.

 

 

(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.

 

 

(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.

 

 

(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.

 

 

 

 

21 Responses to “Ciri-ciri Seorang Lelaki Yang Baik”

  1. susah sekarang nk cari llaki ciri2 yg mcm ny..

    Like

  2. insamira Says:

    sy dah jumpa lelaki yg baik ini… tapi sayangnya dia hak orang… apa boleh buat… bertuah dapat lelaki mcm ni.. didunia sekarang susah dpt lelaki seperti itu mungkin 1 dlm sejuta.

    Like

    • airmien Says:

      Nak cari susah dan kalau cari mungkin sudah ada yang punya. Selalu istikhamah dan tidak mudah putus asa. Buat sunat istikharah sebagai salah satu doa dan tidak putus asa dalam pencarian. Mohon agar dipermudahkan segala urusan. Admin harapkan agar saudari menemuinya. Amin.

      Like

  3. boleh ke kita jumpa lelaki yg mcm nie lagi??

    Like

  4. suri Says:

    nk dpt laki yg baek..bdoa la smga brbh mjd org yg baek2..tuhan akan pmdhkn sglanye..amin..

    Like

  5. bukan mudah dptkan llki yg baik…tpi klau berdoa trus dan tdk akan ptus asa insya allah kita pasti akan menemuinya….

    Like

  6. Sandha Danielle Says:

    patutnya no 1 bukankah laki2 yg tidak meninggalkan solat n boleh membimbing kita ke arah kebaikan?

    Like

    • airmien Says:

      Lelaki yang baik berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan apa yang yang diajar oleh agama Islam dan ianya juga adalah salah satu cara hidup yang menyeru kepada kebaikan.

      Like

  7. rima wirenviona Says:

    lelaki yg baik…. wew siapa tuh???

    Like

  8. ika Says:

    Macammane pula klu dapat suami yg bertanggungjawab tapi masih mau melihat video lucah…x baik jugalah kan

    Like

  9. shalala Says:

    susah dah sekrg nk dpt lelaki mcm tuh…
    yg byk smue ikot nfsu je pon..

    Like

  10. rohani Says:

    susah nk cari lelaki yg baik tapi terimalah seadanya jika itu pasangan kita krn allah dah berikan yg terbaik utk kita

    Like

  11. samueil Says:

    salam.mohon mintak izin nak copy gambar ya.

    Like

  12. Dahlia Says:

    Pgen mendptkn jodoh yg demikian smpurnahx

    Like

  13. fendi Says:

    bismillah,, smoga saya bisa seperti itu,,,,,aminn

    Like

  14. Nabila Says:

    Susan nk cari laki baik skrg..dlu sy pnah knal laki ni nmpk mcm baik, solar x tinggal rupa eaa Playboy..sy jd trauma nak knl laki takot JD bnd yg sama..

    Like

  15. […] Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.   Tengok : Ciri-ciri Seorang Lelaki Yang Baik.    Tengok : Doa Seorang Isteri   Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. […]

    Like


Tinggalkan Jawapan kepada airmien Batal balasan