Airmien

sesuatu tentang kehidupan

Warna + Karektor Mengikut Tarikh Lahir Disember 30, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 11:46 pm
Tags:

Ramai yang suka menyemak tarikh lahir mengikut bintang-bintang dalam akhbar, majalah dan tabloid yang merangkumi cinta, kehidupan harian dan lain-lain lagi. Malah ada yang gelisah jika tidak dapat melihat ramalan bintang-bintang ini. Namun begitu, umat Islam dilarang mempercayai perkara-perkara sedemikian kerana sudah tertulis Qada dan Qadar Allah SWT mengenai nasib dan takdir seseorang.

Anda harus berpegang pada perkataan ‘ramalan’ yang mana segala yang dijelaskan bukanlah Sesutu yang betul-betul akan berlaku. Jika apa yang diperkatakan benar-benar berlaku, ia hanyalah secara kebetulan dan dengan izin Yang Maha Esa. Sebagai perkara yang menarik dan memeriahkan hidup anda,kita semak warna-warna yang ada kaitan dengan tarikh lahir kita. Ingat, jadikan panduan ini sekadar satu hiburan untuk mengisi masa kosong saja.

Tarik Lahir dan Warna

2hb Januari – 11hb Januari

OREN

12hb Januari – 24hb Januari

KUNING

25hb Januari – 3hb Februari

MERAH JAMBU

4hb Februari – 8hb Februari

BIRU

9hb Februari – 18hb Februari

HIJAU

19hb Februari – 28hb Februari

COKLAT

1hb Mac – 10hb Mac

AQUA

11hb Mac – 20hb Mac

LIME

21hb Mac

HITAM

22hb Mac – 31hb Mac

UNGGU

1hb April – 10hb April

NAVY

11hb April – 20hb April

PERAK

21hb April – 30hb April

COKLAT

1hb Mei – 14hb Mei

BIRU

15hb Mei – 24hb Mei

EMAS

25hb Mei – 3hb Jun

KRIM

4hb Jun – 13hb Jun

KELABU

14hb Jun – 23hb Jun

MAROON

24hb Jun

KELABU

25hb Jun – 4 Julai

MERAH

5hb Julai – 14hb Julai

OREN

15hb Julai – 25hb Julai

KUNING

26hb Julai – 4hb Ogos

MERAH JAMBU

5hb Ogos – 13hb Ogos

BIRU

14hb Ogos – 23hb Ogos

HIJAU

24hb Ogos – 2hb September

COKLAT

3hb September – 12hb September

AQUA

13hb September – 22hb September

LIME

23hb September

OLIVE

24hb September – 3hb Oktober

UNGGU

4hb Oktober – 13hb Oktober

NAVY

14hb Oktober – 23hb Oktober

PERAK

24hb Oktober – 11hb November

OLIVE

12hb November – 21hb November

EMAS

22hb November – 1hb Disember

KRIM

2hb Disember – 11hb Disember

KELABU

12hb Disember – 21hb Disember

MAROON

22hb Disember – 1hb Januari

MERAH

Pengertian Warna

MERAH

Comel dan penyayang, anda seorang yang suka memilih dan mudah jatuh cinta serta suka disayangi. Periang dan fresh tetapi bertukar moody pada satu-satu masa. Senang dengan mereka yang bersopan-santun, lemah-lembut dan menyayangi anda seadanya. Suka kepada mereka yang mudah berbicara dan mereka yang membuat anda merasa selesa.

OREN

Bertanggungjawab di atas setiap tindakan yang dilakukan dan mahir melayani orang lain. Hidup bermatlamat dan sentiasa beusaha keras mencapainya, anda suka bersaing. Kawan-kawan begitu penting bagi anda dan menghargai apa yang dimiliki, kekadang reaksi anda terlalu over kerana jiwa yang sensitif.

KUNING

Anda seorang yang periang dan memiliki kemurnian jiwa. Dipercayai ramai dan memiliki nilai kepimpinan tinggi dalam perhubungan. Keputusan anda adalah baik dan tepat pada setiap masa. Sering kali mengharapkan sebuah perhubungan yang romantik.

BIRU

Anda kurang yakin dengan diri sendiri dan suka memilih. Anda seorang artistik dan kerapkali jatuh cinta, tapi membiarkan cinta anda berlalu pergi, hanya mencintai setulus jiwa, tidak pada hati.

MERAH JAMBU

Selalu melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara, suka menolong dan ambil berat terhadap orang lain. Tapi tidak mudah untuk memuaskan hati anda. Anda berfikiran negatif dan impikan hubungan romantik seperti dalam cerita dongeng.

HIJAU

Hubungan anda baik dengan kenalan baru. Anda bukan jenis pemalu dan kekadang menyakiti orang lain dengan perkataan yang anda pertuturkan. Anda seorang penyayang dan mahu ia disedari oleh orang yang anda sayangi, tapi sering kali anda bersendirian, menunggu insan yang sesuai.

COKLAT

Anda seorang yang aktif dan cergas. Anda agak sukar untuk didampingi dan mudah jatuh cinta. Tetapi bila anda mengetahui sesuatu yang dihajati tidak dapat diperolehi, anda akan putus asa dan biarkan ia berlalu.

AQUA

Perasaan bertukar dengan mudah dan secara tiba-tiba. Anda sering berseorang dan suka mengembara serta lurus dan mudah mempercayai orang lain. Anda sukar mencari cinta dan begitu mudah hilang cinta, kekadang disakiti kerana cinta.

LIME

Anda seorang yang penyabar tetapi mudah tertekan. Mudah cemburu dan bersunggut walaupun perkara kecil. Bijak mencari jalan penyelesaian dan berpesonaliti menarik yang disukai dan dipercayai orang lain.

HITAM

Anda gemarkan cabaran, tetapi tidak suka kepada perubahan dalam hidup. Begitu tegas dalam membuat keputusan dan berpegang kepadanya untuk satu tempoh yang panjang. Perhubungan cinta anda penuh cabaran dan mempunyai kelainan tersendiri.

UNGGU

Anda penuh misteri, tidak pentingkan diri sendiri dan mudah tertarik dengan sesuatu. Kehidupan seharian anda disusuli suka dan duka bergantung kepada mood. Anda popular di kalangan rakan-rakan, namun boleh melakukan perkara bodoh pada satu masa serta bersifat pelupa. Anda suka berkawan dngan mereka yang boleh dipercayai.

NAVY

Anda seorang yang menarik dan menghargai kehidupan seharian anda. Anda mempunyai prasangka yang tinggi terhadap sesuatu dan mudah terganggu. Bila anda marah kepada seseorang, sukar bagi anda memaafkannya.

OLIVE

Anda baik hati, memiliki hubungan baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Anda tidak suka keganasan dan tahu hak anda, seorang periang dan tidak mencampuri urusan orang lain.

PERAK

Anda seorang periang dan berimaginasi tinggi. Gemar mencuba sesuatu yang baru, suka cabaran dan mudah mempelajari sesuatu. Anda senang diajak berbicara dan sering kali memberi nasihat berguna. Agak sukar bagi anda mempercayai seseorang terutama dalam hal persahabatan, tapi jika anda menemui rakan yang boleh dipercayai, anda akan beri kepercayaan buat selamanya.

EMAS

Anda boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Seorang periang dan suka bersosial. Sukar bagi anda menemui pasangan yang sesuai, tetapi bila menemuinya, anda akan mencintainya buat selamanya.

KRIM

Seorang yang suka bersaing, periang dan manja. Tidak suka kekalahan dan selalu gembira. Anda boleh dipercayai dan mudah bergaul. Anda begitu teliti dalam mencari cinta dan sukar untuk jatuh cinta. Tetapi bila menemui yang sesuai, sukar untuk anda melepaskannya dan ia kekal abadi.

KELABU

Anda seorang yang menarik dan aktif. Tidak menyembunyikan perasaan dan sering meluahkannya. Tetapi mementingkan diri pada satu-satu masa. Tidak suka kejutan dan layanan yang tidak adil. Mampu menceriakan orang lain. Kelakar dan bijak meluahkan pendapat mengikut kesesuaian masa.

MAROON

Anda bijak dan tahu hak anda. Sering kali mahu orang lain mengikut cara anda tanpa memikirkan perasaan orang lain, kekadang boleh mengundang masalah. Sabar dan tenang dalam percintaan. Bila menemui insan yang sesuai untuk dicintai, sukar bagi anda untuk mencari yang lebih baik darinya.

 

Mata Hatiku

Filed under: Relationship — airmien @ 11:27 pm
Tags:

Seorang lelaki meminati seorang gadis. Mereka sama-sama satu sekolah selama 5 tahun. Lelaki datangnya dari keluarga yang berpendapatan sederhana dan berada dalam kelas tercorot manakala Gadis pula agak berada dan belajar dalam kelas terpandai dalam satu aliran yang sama di sekolah mereka.

Lelaki itu meminati Gadis berkenaan namun dia tidak meluahkannya rasa hatinya. Dia memendam perasaannya sekian lama sehinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk meluahkan isi hatinya selama ini kepada gadis yang diminatinya.

“Aku mencintaimu. Adakah kau mencintaiku?” Tanya Lelaki berkenaan kepada Gadis.

Lelaki itu mengambil risiko menyatakan perasaan hatinya.

“Kau mencintai aku? Adakah kau tahu, kita berdua tidak setaraf? Engkau tidaklah sekaya aku. Lupakahlah niat kau untuk mendapat cinta aku!” Herdik Gadis dengan cacian dan penghinan.

Lelaki agak kecewa dengan ucapan yang telah dituturkan oleh Gadis itu terhadapnya. Sejak peristiwa tersebut, hubungan mereka agak dingin dan tidak bertegur sapa seperti sebelumnya.

Lelaki mula berubah sikap. Menjadi pendiam dan semakin tekun belajar. Masa rehat, dia lebih suka berada di perpustakaan daripada berada di kantin untuk menjamu selera. Kadang-kadang, dia terlewat masuk ke dalam kelas kerana kerap tertidur di dalam perpustakaan. Setiap kali juga didenda berada di luar kelas kerana lewat masuk ke dalam kelas selepas masa rehat.

Ketika didenda berada di luar kelas, Gadis yang diminati gelak mengejek di dalam kelasnya yang berada bertentangan dengan kelas Lelaki itu.

Peperiksaan percubaan SPM, Gadis mendapat keputusan cemerlang berbanding Lelaki. Dia megah dengan keputusan yang diperolehi manakala Lelaki keputusannya agak memuaskan.

Masa semakin berlalu. Peperiksaan SPM hampir tiba dengan berbaki cuma dua minggu. Lelaki tidak datang ke sekolah sehinggalah sehari sebelum peperiksaan sebenar. Matanya lebam kerana tidak cukup tidur. Kerap juga tertidur ketika guru memberi tips peperiksaan di dalam dewan.

Selepas peperiksaan yang menentukan hala tuju mereka selepas zaman persekolahan, mereka berpisah. Lelaki meneruskan hidupnya walaupun kata-kata remaja Gadis tempoh hari agak berbisa.

Apabila keputusan SPM diumumkan, satu sekolah terkejut besar kerana bukan Gadis  berkenaan yang mendapat keputusan cemerlang seperti mereka duga tetapi Lelaki yang Gadis pernah herdik dahulu. Slip peperiksaan remaja lelaki, bapa saudara Lelaki berkenaan yang datang mengambilnya. Menurut katanya, Lelaki berkenaan mungkin akan datang mengambilnya sendiri bila tiba masanya nanti, mungkin setahun kemudian apabila sijil sebenar sudah keluar.

Masa semakin berlalu. Masing-masing menjadi dewasa tetapi perasaan cinta Lelaki masih tetap terhadap Gadis tersebut.

Gadis meneruskan pengajiannya di sebuah universiti tempatan dalam bidang undang-undang. Dia kerap tertanya-tanya, di manakah Lelaki menyambung pengajiannya. Sehingga kini tidak mendapat berita langsung dari Lelaki berkenaan.

Selepas tamat pengajian, Gadis bekerja di salah sebuah firma undang-undang yang tersohor dan kerap memenangi kes-kes yang dikendalikannya. Dia sudah tidak ingat Lelaki yang pernah menyatakan perasaan cintanya terhadap Gadis suatu ketika dahulu. Gadis semakin sibuk sehinggalah pada suatu hari dia mengalami satu kemalangan ketika hendak pergi bekerja.

Kereta yang dinaiki oleh Gadis berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Keadaan kemalangan agak mengerikan tetapi nyawa Gadis masih panjang lagi. Namun begitu, kedua-dua kornea mata Gadis luka kerana terkena cermin mata hitam yang dipakainya. Dia buta kedua-dua belah matanya.

Gadis dimasukkan ke dalam wad. Tiada penderma yang tampil untuk membantu memulihkan penglihatan Gadis sehinggalah pada suatu hari doktor masuk menyatakan berita gembira.

“Kita ada penderma organ yang sudi membantu. Kami akan menjalankan pembedahan untuk memulihkan kembali penglihatan awak. Ini sebenarnya adalah wasiat penderma organ sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.” Kata doktor berkenaan kepada Gadis.

Pembedahan selamat dijalankan. Gadis sudah boleh melihat kembali seperti sediakala. Apabila sudah sembuh, dia ingin mendapatkan kepastian, siapakah yang telah mewasiatkan agar korneanya diberikan kepada Gadis. Doktor yang telah merawatnya menyatakan bahawa waris penderma organ tersebut ingin berjumpa dengan Gadis apabila dia bersedia untuk berjumpa dengan mereka.

Apabila masa yang sesuai dan tiba masanya, Gadis berjumpa dengan pewaris penderma yang telah bermurah hati mendermakan salah satu organ terpenting bagi manusia itu  kepadanya.

“Di sini,ada sepucuk surat ditujukan kepada anak dari tuan empunya mata anak sekarang. Jika ada apa-apa yang ingin ditanya,anak boleh bertanya kepada kami” ucap seorang wanita berumur kepada Gadis.

Perasaan bercampur-baur, Gadis membuka perlahan-lahan dan membaca surat berkenaan;

‘Buat Gadis yang pernah aku cintai. Aku meminta maaf sekiranya surat ini membuatkan kamu bertanya-tanya siapakah diriku yang sebenarnya. Dan aku juga tahu, kamu mungkin sudah melupakan aku tetapi aku sedikitpun tidak pernah melupakan dirimu.

Dirimu tidak mungkin dapat bertemu dengan diriku lagi selepas ini. Biarlah aku yang menjadi perindu, merindui dirimu selama ini. Rinduku ini,aku bawa bersama jasad ke bumi.

Namun begitu,aku tidak ingin melihat dirimu menderita. Jadi, aku berikan mata aku ini agar masa depanmu tidak kelam. Janganlah membenci diriku lagi.’

Air mata perlahan-lahan keluar dari kelopak mata Gadis. Bahunya terhenjut-henjut menahan esak.

“Betapa besarnya pengorbanan kau terhadap aku” getus Gadis dalam hati. “Maafkan aku kerana pernah menyakiti hati kau suatu ketika dahulu”.

Wanita berusia memaut bahu, merenung wajah Gadis dan berkata dengan perlahan,

“Anak kami selepas tamat pengajian bersama anak dahulu, dia terlebih dahulu membuat persediaan sebelum menyambung pengajian di luar negara. Namun, tidak sempat menghabiskan pengajiannya. Apabila cuti semester, dia tidak balik tetapi bekerja sambilan di sana. Semasa berada di sana, dia sering sakit dan kadang-kadang sakitnya tidak tertahan. Penyakitnya semakin teruk apabila berada di tahun akhir. Kami terpaksa membawanya kembali ke tanah air. Selepas didiagnosis, barulah kami mendapat tahu bahawa dia menghidap barah tulang.

Walaupun dia berada di luar negara, dia kerap berpesan agar, selalu lihat-lihatkan anak di sini. Katanya, dia ingin merisik anak apabila dia sudah menamatkan pengajiannya dari sana. Kami telah menjalankan tugas kami sebagaimana yang telah disuruh oleh dia. Namun, apakan daya. Kita merancang tetapi Tuhan lebih menyayangi anak kami.

Apabila anak kemalangan tempoh hari, dia pun sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Hanya menunggu masa untuk kembali kepada Pencipta. Ketika itu, dia mewasiatkan agar mendermakan mata dia kepada anak. Dia tidak ingin melihat hidup anak susah. Walaupun suatu ketika dahulu, anak pernah membencinya tetapi dia tidak pernah berdendam sedikitpun dengan anak.”

Air mata semakin laju mengalir keluar dari mata Gadis.

“Maafkan aku. Aku tidak tahu sebegini besar pengorbanan kau terhadap aku. Maafkan aku. Maafkan aku,” Kata Gadis dalam hati.

 

Tip Memilih Antara Dua Hati Disember 18, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 12:05 am
Tags:

Dua gadis kini jatuh cinta dengan anda. Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah untuk memilih yang mana satu. Soal memilih mana yang terbaik memang merumitkan dan meminingkan kepala.

Dalam mencari teman hidup, pastinya anda mengimpikan seseorang gadis yang boleh memberi kebahagiaan dan menyenangkan anda. Setelah lama mencari, kini masa pencarian itu hampir berakhir. Tetapi apa yang membimbangkan adalah kerana ada dua pilihan. Anda membuat keputusan untuk memilih kedua-duanya? Atau adakah anda fikir mempunyai dua calon kekasih suatu yang menyenangkan? Tunggu dulu! Kalau sekadar ingin bermesra dengan si A, tetapi mencintai dengan si B, mungkin jawapannya ya. Tetapi soalnya ia tidak berhenti di situ sahaja. Mungkin ia akan menambah kerumitan. Anda mungkin terasa was-was, bingung dan takut menentukan pilihan. Bimbang yng dipilih tidak menjanjikan seperti yang anda harapkan.

Pada saat ini, anda harus bijak memainkan peranan dan menentukan pilihan terbaik. Jangan hanya bermain dengan perasaan. Anda juga perlu berfikir secara rasional. Sekarang jangan tunggu lagi, buka mata dan hati anda untuk pilih yang mana satu gadis idaman. Selamat mencuba.

1. Apa yang anda harapkan?

Jangan terlalu mendapatkan pandangan orang lain ketika dalam proses memilih. Yang paling penting adalah datang dari diri anda sendiri. Bersikap jujur dahulu pada diri sendiri. Dalam situasi ini, jangan terlalu mengikut mengikut perjalanan cinta yang biasa. Kalau si A bukan jenis yang anda dambakan, lihat pula yang seorang lagi. Tetapi jika kedua-duanya juga anda cintai, bersyukurlah dan hadapi dengan penuh tanggungjawab. Anda boleh teruskan. Tetapi sekiranya yang datang terkemudian cintanya pada anda, jangan cuba menyembunyikan kenyataan yang anda sudah punya kekasih. Kalau tidak, huru-hara bakal berlaku sekiranya rahsia anda terbongkar. Kalau boleh katakan kepadanya “ Saya memang sudah mempunyai kekasih, tetpi ini bukan bererti saya menutup pintu hati untuk mengenali orang yang paling tepat unutk menjadi isteri.

2. Bagaimana dengan komitmennya?

Daripada kedua-dua gadis itu, adakah anda ingin melihat keinginan mereka untuk memberi komitmen yang lebih jauh? Cuba tanyakan kedua-duanya tentang perkahwinan dan masalah yang berkaitan. Dengar dengan teliti pandangan mereka. Segala maklumat ini harus diketahui sebelum anda menyesal memilih gadis yang menunjukkan kekeliruan dan tidak pasti. Faktor keserasian, komitmen dan pandangan adalah penting menentukan kebahagiaan rumah tangga dan sudah pasti anda tidak akan menanggung kekecewaan di kemudian hari. Jadi, soal keserasian komitmen ini harus dititikberatkan ketika proses memilih.

3. Sejauh mana kesabaran anda?

Ramai lelaki mengharapkan kekasihnya menjadi seorang yang baik. Namun, setiap wanita ada karekter yang sukar untuk dihilangkan. Sekarang, perhatikan sifat dan sikap kedua-dua mereka. Adakah mereka mempunyai sikap mengada-ngada, berlagak, tiada toleransi dan sebagainya? Adakah anda sabar untuk menghadapi kerenahnya itu? Sekiranya anda berharap dia berubah menjadi baik suatu hari nanti, akibatnya anda sendiri yang akan terseksa. Lainlah anda seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya. Sekarang anda ada dua pilihan. Jadi, mulalah belajar untuk brdamai dengan diri sendiri. Tanya diri anda, siapakah antara mereka berdua yang lebih mengerti, menyokong dan berfikiran terbuka ketika berkomunikasi. Jangan pula terpengaruh dengan berapa lama anda menjalin cinta dengannya. Sekiranya gadis yang datang lewat sedikit dalam hidup anda lebih baik, anda berhak untuk memilihya.

4. Bagaimana dengan soal kewangan?

Bersikap tentang kewangan, jangan pula diertikan anda harus bersikap materialistik, mengharapakn wang daripadanya. Anda lelaki, jangan jatuhkan martabat anda. Dalam soal ini, sebenarnya apa yang perlu dilihat adalah keserasian kewangan anda dengan mereka. Kebiasanya, perselisihan faham yang berlaku di dalam rumah tangga bermula dengan masalah ini. Jadi anda perlu memerhatikan cara perbelanjaan dan cara bagaimana dia mengatur kewangan. Dari situ, anda akan dapat menilai mereka wanita jenis apa. Soal anda kedekut tidak timbul di sini. Mungkin anda boleh menyara hidupnya dan keluarga tanpa mengharapkan wang daripadanya, tetapi soal kewangan amat penting apabila berada dalam keadaan terdesak. Kalau dia tidak sanggup berkongsi masalah kewangan, jangan dipaksa. Anda pilihlah yang sanggup berkorban dan bersama anda susah dan senang.

 

Sayang dan Tidak Disember 17, 2009

Filed under: Relationship — airmien @ 11:58 pm
Tags:

Dia Menyayangi Kamu

  1. Si dia sanggup membatalkan segala temujanji bersama teman-temannya semata-mata mahu menemani kamu.
  2. Si dia membawa kamu berjumpa dengan doktor jika kamu kurang sihat.
  3. Si dia bersetuju kamu menyelesaikan masalah yang dihadapi walaupun ianya tiada berkaitan dengan dirinya.
  4. Si dia bijak mengambil hati kedua orang tua kamu.
  5. Si dia sering menunjukkan lagu bertemakan cinta kepada kamu.
  6. Si dia bersetuju untuk menemani kamu menonton wayang walaupun filem tersebut sudah ditontonnya.

Dia Tidak Lagi Menyayangi Kamu

  1. Si dia lebih banyak menghabiskan masa lapangnya bersama teman-temannya.
  2. Si dia tetap memandang ke arah gadis/jejaka lain walaupun ketika itu kamu berada di sampingnya.
  3. Si dia hanya berkata ‘saya sayang awak’ jika ingin meminta sesuatu dari kamu.
  4. Si dia sering memanggil kamu ‘sayang’ kerana sebenarnya si dia sering lupa akan nama kamu.
  5. Perkara yang paling romantis yang pernah dilakukan si dia hanya mengucapkan ‘jaga diri baik-baik’.
  6. Si dia mempunyai banyak alasan jika kamu bertanyakan padanya mengapa sudah lama tidak menghubungi kamu.

 

Kenapa Cinta Tidak Berbalas?

Filed under: Relationship — airmien @ 11:47 pm
Tags:

A. Cinta Tanpa Sedar

Ibarat bercinta dalam diam, memendam rasa tanpa luahan yang menyukarkan yang dicinta menyedari dirinya dicintai. Jika dibiarkan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika anda begitu menguja dirinya. Langkah terbaik,beranikan diri untuk berhadapan si dia dan cuba tawan dirinya. Ia boleh dilakukan secara evolusi dan revolusi, cuma masa yang menjadi penguji kesabaran anda.

B. Cinta Tidak Diundang

Seperti juga berkunjung ke rumah orang tanpa mendapat undangan dari tuan rumah. Hal yang sama dengan cinta, di mana luahan cinta kita sememangnya tidak diperlukan di pihak yang empunya diri. Barangkali dirinya belum bersedia. Namun tidak salah untuk mencuba, ibarat mengalah untuk menang, apa salah untuk tebalkan muka seketika jika penamatnya kita bahagia. Tapi bagaimana juka penamatnya menyedihkan?

C. Cinta Terisi

Kita mencintai awek orang! Parah… Dalam dunia gentlemen, pastinya scenario ini harus dielakkan. Respek sesame kita beb, bunga bukan sekuntum! Barang perlu diingat, ramai juga yang berjaya memetik bunga di laman orang, dengan syarat si bunga sudah bosan dengan si kumbang! Kalau anda memiliki tahap kesabaran menggunung tinggi, tunggulah kalau-kalau badai melanda cinta mereka, di kala itu mainkan peranan ibarat orang mengantuk di sorong bantal.

D. Cinta Terhalang

Barangkali si dia telah mengetahui sekuat mana usaha yang dilakukan, cinta yang bakal dijalin pasti beronak duri, penuh halangan yang tidak mungkin diatasi. Ia seperti cinta antara benua, mungkin cinta orang Semenanjung dengan Sabah atau Sarawak. Biasanya percintaan ini melibatkan pihak ketiga terutama dari kedua belah keluarga.

E. Tiada Jodoh!

Ini adalah penutupnya. Jika tiada suratan takdir untuk anda bersamanya, terimalah saja pasrah Ilahi. Mungkin ada sebab musabab di atas kegagalan cinta anda terhadap orang yang dicintai. Barangkali ada insan yang lebih baik dan istimewa sedang menanti nanti. Ingat! Kegagalan cinta tidak bermakna anda berada di hujung dunia!